Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Musim berlalu bagai sungai mengalir
menuju ke arah muara
bagaikan usia kita..."-Anugerah
Orang, bila dah tahu, dia akan gunakan pengetahuannya, tak kiralah untuk apa tujuan sekalipun, sebabnya dengan pengetahuanlah seseorang itu dapat merealisasikan impiannya. Misalnya kalau nak kalau nak buat blog (hehe... nak kenakan si Pais la ni) mestilah ada pengetahuan tentang blog. Nak ada pengetahuan, kena tanya mereka yang arif, contohnya si Paiji ke tak pun si JEPun. Bila dah ada pengetahuan, barulah boleh buat blog sendiri.
Seseorang yang tahu memasak (sikit-sikit), sudah tentu dia takyah pergi makan kat kedai lagi, sebab dia dah ada pengetahuan untuk masak makanan kegemarannya. Misalnya semalam, ada seorang orang tu lapar tomyam... memang lapar sangat. Justeru, seorang orang itupun mengambil inisiatif untuk memasak sendiri tomyam (walaupun jam menunjukkan jam 9.40 malam). Maklumlah, dia baru habis menuntut ilmu memasak tomyam. Dengan 2 butir kiub tomyam, sedikit serai, ayam, tomato, cabai melaka (cili api) dan daun limau, akhirnya seorang orang itupun berjaya menghasilkan dan sekaligus menikmati tomyamnya itu. Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datanglah emak seorang orang itu lalu merasai sedikit tomyam itu. Akhirnya tak pasal-pasal seorang orang itu kena marah dengan emaknya sebab masak tomyam yang terlalu pedas... tak baik untuk kesihatan kata emaknya.
Semalam jugak, waktu terlelap sekejap, termimpi berjumpa dengan Soleh, Memer dan Izwan. Entahlah, sekarang bila dah sorang-sorang kat luar macam ni, semakin rindu pulak dengan suasana kampus, dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Sama-sama jadi baik, dan selalu jugak sama-sama jadi jahat hehe. Insyaallah, kalau kita bertaqwa dan beriman dengan sepenuh keyakinan bahawa "Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad (S.A.W.) itu pesuruh Allah" sudah pasti ada peluang untuk kita bersua lagi di syurga nanti, kalaupun tidak di dunia ini.
Sampai berjumpa lagi. Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment