Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
akukah ini...?
"sekalung budimu guru menyampaikan wadah ilmu
akan kukenang selalu jadi panduan hidupku
bersama kita jayakan suatu wawasan pendidikan
untuk agama dan bangsa berbakti pada negara..." -Soutul Jihad
Hehe... pagi tadi tangkap gambar kat kedai. Bila dah siap je, nak tergelak tengok rupa sendiri.... nampak macam muka budak sekolah, tapi tetap hensem (seperti kata beberapa orang insan... lagipun bukan ke ciptaan Allah tu elok-elok belaka? hehe... mesti tak berani nak nafi punya).
Apapun, si JEPun mesti nafi punya.
Satu perkara yang menarik untuk dibincangkan bersama... ke manakah hala tuju para pelajar kita, hasil daripada sistem pendidikan kita sekarang? Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kepincangan yang melibatkan warga institusi pendidikan, sama ada penuntut ataupun pengajar. Bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak, mungkin ada baiknya semua pihak, termasuk kementerian untuk duduk semeja, bermuhasabah... di mana silapnya sehingga berlakunya semua ini.
Mungkinkah sistem pendidikan kita terganggu kerana ianya telah dipolitikkan, ataupun mungkinkah wujudnya kepincangan dari aspek perlaksanaan segala dasar yang telah ditetapkan? Atau, mungkinkah sistem yang ada perlu diperbaiki ataupun mungkinkah penerapan nilai kerohanian yang kurang berkesan menjadi punca masalah hari ini?
Hasilnya kita melihat kejadian seperti masalah sosial para pelajar, masalah pengangguran graduan (termasuklah si penulis), masalah tekanan dan bebanan kerja di kalangan para pendidik, dan bermacam-macam masalah lagi (hari ini keluar pula cerita guru besar perempuan merotan guru lelaki semata-mata kerana bertentangan pendapat!) berlaku di depan mata kita.
"Sudah sampai masanya kita meng'Islam'kan (menjadikan agama sebagai dasar dalam penggubalan sistem pendidikan negara) sistem pendidikan kita..." kata seorang sahabat.
Oklah, takleh tulis lama-lama, sebab datang ke cc ni pun hanya untuk scan gambar. Lagipun buat masa sekarang ni keadaan ekonomi (poket sendiri) tidak mengizinkan untuk ber'internet' lama-lama. Dan sebab ketiganya ialah kerana datang ni pun sebab dapat pau motor adik sorang tu. Kalau lama-lama sangat pun susah juga, nanti dia nak guna.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment