Saturday, May 1, 2004

Maulidurrasul...



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"masih jauh lagi perjalanan ini

keresahan di jiwa mesti diubati

ingin kuberikan ketenangan di hati

kan kucuba walau tersiksanya hati ini..."-Soutul Jihad




Semalam tak jadi pegi Putrajaya, tetapi nasib baiklah dapat juga merasa pegi ke Kuah, satu-satunya pekan yang rasanya layak digelar pekan kat Langkawi ni. Syukurlah kerana ada hamba Allah pinjamkan motor untuk keluar melihat dunia. Nak naik teksi mahal sangat... mananya tak, RM 12 untuk ke Kuah, sama harganya dengan tambang bot dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi!



Hmm... tengoklah, mungkin bulan depan kot balik kampung. Tapi itu perancangan je... selebihnya hanya Allah yang Maha Berkuasa yang berhak untuk meletakkan hamba dia yang sorang ni kat mana.



Dua-tiga hari ni Pekan (pekan?) Padang Matsirat ni sesak dengan pelancong, maklumlah sebab kat sini letaknya tempat yang bernama beras terbakar. Ada kisah sejarah disebalik nama tu, tapi bukannya best pun, setakat boleh tengok beras terbakar kat dalam akuarium kaca je... tapi yang dikatakan manusia ni, benda macam tu pun jadi tarikan. Entahlah...



Lastly, nak ucapkan salam Maulidurrasul buat semua. Ingat, jangan kita sekadar menyambutnya dengan slogan tanpa makna (seperti yang orang Melayu selalu sambut) sebaliknya sambutlah dengan penuh penghayatan terhadap sirah baginda S.A.W., dengan penuh pengiktibaran, dengan yang demikian dapat menjadikan diri kita lebih insaf, selain memupuk rasa cinta kita kepada khatimul anbiya Muhammad S.A.W. Banyakkanlah berselawat ya!



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment