Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Jangan kauratapi pada ketentuan ini
pohonlah petunjuk agar kau tenang di hati
bersyukur kau sabarlah... dan redha..."-rabbani
bersama Oli, PAis, Paiji, Gondol dan Jaha... nak tengok gambar? klik album
Syukur kerana sekali lagi kita dapat bersua dengan hari yang cukup mulia di sisi Islam ni. Pastinya kita sangat beruntung kerana masih diberikan peluang untuk melihat dunia (walaupun terlalu banyak kerosakan dan maksiat yang telah kita lakukan). Itulah tanda Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang... rahmatNya mengatasi kemurkaanNya.
Kalau kat kampung, waktu ni dah boleh duduk kat surau, dengar kuliah mingguan, tapi bila kat sini, hari Jumaat jadi suri rumah, jaga rumah. Orang lain semua kerja, cPoL je yang cuti. Boring tu takyah ceritala, jadi, untuk memotivasikan diri pepagi ni, terpaksalah menapak ke cc untuk meluangkan sedikit masa menatap benda yang bernama komputer dan internet ni... sementara menunggu masuknya waktu solat Jumaat.
Insyaallah, minggu depan, kalau diizinkan Allah, nak ke Serdang. Nak jumpa kawan-kawan. Walaupun sekadar 3 hari (3 hari pun 3 hari lah...) Itupun kalau diizinkanNya, kalau ditakdirkan sebaliknya, redha je la. Boleh merasa duduk rumah baru (kalau dulu RI, sekarang nama apa pulak ntah la).
Hmm...redha (benda yang mudah nak taip, tapi susah nak buat). Sedih bila membaca suratkhabar hari ni, hampir semua berita bahagian dunia menceritakan tentang tekanan dan kesusahan yang dihadapi oleh ummah. Perang di Iraq dan Afghanistan, penindasan di Thailand, penderitaan di Maluku, pembunuhan di Chechnya, Nigeria, Filipina... berlaku di depan mata, dan kita di sini, menatap wajah-wajah penderitaan itu tanpa rasa apa-apa... apakah ini yang dikatakan redha?
Ada sahabat e-melkan satu artikel menarik buat tatapan kita yang keras kepala ni.. mudah-mudahan dengan membacanya kita akan lebih menyintai baginda Rasulullah S.A.W. dan segala sunnahnya. Klik di sini untuk membacanya. Moga kita semua beroleh manfaat daripadanya.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Kekasih Allah

No comments:
Post a Comment