Wednesday, April 19, 2006

APA SUDAH JADI?

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan Allah?" (As-Syura: 21)

S


ebenarnya terlalu banyak isu yang ingin ana tulis dalam seminggu ini, namun kekangan masa yang ada menyebabkan semuanya tak tertulis. Ketika kerja di atas meja bertimbun-timbun memanggil untuk disiapkan, kerja-kerja luar (heheh...faham-faham je la) pulak datang menziarah...huhu. Tangan ada dua.

Jam 2 petang nanti nak kena handle meeting KONVEK'06 (KONVENSYEN DAN KONVOKESYEN 2006), program syarikat pada bulan 9 nanti. Gerak kerja masih di peringkat menggerakkan publisiti, rasanya baru di tahap 0.03 peratus. Maknanya ada baki 99.97 peratus lagi gerak kerja yang perlu dirancang dan dilaksanakan! Maknanya apa....? Maknanya makin banyak la kerja yang tidak siap dan tak tahu bila nak siap.

Ana sebenarnya tertarik dengan artikel dalam sebuah akhbar harian yang ana masukkan petikannya di bawah:

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan hanya dibenarkan mengambil tindakan terhadap individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam.

Perkara itu terkandung dalam draf garis panduan yang akan dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Taman PBT sebagai panduan kepada penguat kuasa ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun, draf awal garis panduan itu, yang sudah disediakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas arahan Kabinet minggu lalu, tidak menyentuh mengenai isu bercium atau berpeluk di tempat awam.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting (gambar), berkata penguat kuasa PBT boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berbogel atau `membuka baju untuk melakukan sesuatu' kerana ia didefinisikan sebagai perbuatan lucah melampau.

"Definisi kelakuan lucah melampau atau sumbang ini akan diperincikan lagi selepas berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan.

"Hanya selepas definisi itu diluluskan Kabinet dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT), barulah ia akan diguna pakai secara seragam oleh semua PBT," katanya.


Lantas ana tertanya-tanya...di mana ertinya Islam hadhari kita?

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment