Tuesday, April 4, 2006

HADIS 3 - NIAT

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

Dari Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda; "Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya." (Riwayat Imam Muslim)

M


aksud hadis ini ialah, segala amalan dikira dengan niat. Tanpa niat, sesuatu amalan itu tidak akan dihitung. Hadis ini menjadi dalil bahawa semua ibadah iaitu solat, puasa, zakat, haji, iktikaf dan sebagainya tidak sah tanpa niat. Begitu juga bersuci dari hadas dengan mengambil wudhu', mandi wajib atau bertayammum. Adapun bersuci untuk menghilangkan najis, ia tidak berhajat kepada niat kerana ia termasuk dalam bab at-turuk (yakni meninggalkan / menghilangkan perbuatan) yang tidak memerlukan niat. Hal ini telah disepakati oleh para ulama'.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment