Friday, June 23, 2006

MEMELIHARA AGAMA DARI FITNAH - Siri 1

Memelihara Agama Dari Fitnah : Jauhi Mengambil Ilmu Dari Ahli Bidah dan Ulama Sufi Yang Menyesat & Elak Merujuk Mereka

P

ersoalan ulama dan golongan alim Islam sangatlah kurang diperbahaskan secara panjang oleh umat Islam hari ini. Disebabkan kejahilan maka tidak hairan orang ramai mampu menerima sesiapa sahaja yang terkenal dan mahsyur sebagai ulama tanpa mengetahui apakah benar seseorang tersebut ialah ulama dan memiliki kelayakan untuk digelar ulama.

Daripada Ibn Masud ra berkata : Bagaimana keadaan kamu nantinya apabila fitnah menyeliputi kamu mendidik anak-anak kecil dan menyelubungi orang tua dan manusia mengambil bidah seagai sunnah dan menyebar dikalangan manusia dan sekiranya kamu berusaha hendak mengubahnya maka dikatakan kamu mahu mengubah sunnah (yang hakikatnya ialah bidah) maka ditanya bilakah terjadinya demikian wahai Aba Abd Rahman ? Lalu dijawab : Apabila bercambahnya golongan pembaca Al-Quran dikalangan kamu dan sikitnya pula fuqaha (orang yang alim) dan para pembesar kamu sibuk menghimpun harta dan sedikitnya orang yang amanah dan menjual akhirat untuk dunia dan menjadi alim bukan untuk beramal (riwayat Darimi, Abd Razak, Hakim dan Baihaqi dan lain-lain).

"Apakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu ? (Az-Zumar : 9)

Sebaliknya generasi salaf soleh terkenal ketelitian dan penjagaan mereka terhadap kesucian ilmu dan tidaklah hairan mereka digelar sebagai sebaik-baik umat oleh rasulullah salalahualaihiwasalam. Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabiien). (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).

Disebut dalam pelbagai cerita mengenai kisah ketelitian mereka terhadap ilmu dan tidak menerima ilmu dari sebarangan orang dengan mudah seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Abi Hatim ra mengenai kisah Imam Yahya ibn Main yang datang kepada Afan untuk mendengar hadith yang dari riwayat Hammad Ibn Sulaiman ra lalu ditanya kepadanya oleh Afan : Apakah kamu belum mendengar lagi hadith ini dari sesiapa ? Maka dijawab oleh Imam Yahya Ibn Main ra bahkan aku telah mendengarnya dari tujuh belas orang yang meriwayatkan hadith yang sama dari Hammad Ibn Sulaiman.

Bahkan ketika beliau (Yahya ibn Main) bertemu dengan Musa ibn Ismail untuk mendengar hadith maka berkatalah Musa apakah engkau belum mendengar hadith ini dari sesiapa ? Lalu dijawab oleh Yahya ibn Main bahawa aku telah mendengar hadith ini dari tujuh belas orang dan engkaulah yang ke lapan belas. Lalu ditanya untuk apakah engkau menyusahkan diri membuat demikian dengan mendengar hadith yang sama dari guru yang berbeza ? Lalu berkatalah Yahya ibn Main, sesungguhnya jika Hammad ibn Sulaiman itu tersilap dalam hadithnya maka aku dapat membezakan kesilapannya itu dengan mendengar hadithnya dari pelbagai jalan dan guru (perawi), kerana jika silapnya itu pada Hammad maka akan didapati dengan semua guru (perawi) menyebut kesilapannya dan jika silap itu bukan dari Hammad maka pasti kelihatan dengan guru yang silap akan terdedah oleh kesepakatan guru yang ramai (lihat Al-Majruhin oleh Ibn Hibban m/s 32 Jilid 1 ).

bersambung

No comments:

Post a Comment