Tuesday, July 11, 2006

MEMELIHARA AGAMA DARI FITNAH - Siri 6

Memelihara Agama Dari Fitnah : Pengertian Ulama'


Juga terdapat dalam riwayat dari Usman Ibn Atho ra mengatakan " Tidak patut bagi seseorang berfatwa melainkan setelah dia mengetahui tentang perkara yang diperselisihkan (khilaf) oleh orang lain" (Sila rujuk Ibn. Abd Bar' dalam " Jami' Bayan Ulum").

Perintah Menjauhi Mengambil Ilmu Dari Ahli Bidah, Golongan Sufi, Golongan yang Mengaku Mazhab Syafie (Hakikatnya mereka ialah kebanyakkan (bukan semua) pengikut tok-tok guru pondok Malaysia yang jahil tetapi menyesat dalam mazhab syafie , golongan sufi Hadramaut, golongan sufi Al-Azhar , golongan sufi Syiria, golongan sufi Oman, golongan Sufi Maghribi, Golongan Sufi Mekah (kebanyakkan sufi Mekah masih dapat dimanfaatkan ilmu mereka kerana tidak taasub dan mendekati manhaj salaf soleh cuma sebahagian yang taasub dengan mazhab syafie namun dalam banyak hal mereka dimaafkan) dan lain-lain tempat sufi di seluruh dunia.

Menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.

Mereka yang dimaksud sebagai As-shaghir adalah ahli bidah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, Siapakah Ashaghir itu ?. Dia menjawab,Orang yang berbicara dengan rayu (akal/menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil dari pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir. [1] Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami Bayan al Ilmi, m/s 248.

Golongan sufi ini terkenal dengan pelbagai amalan bidah dan usaha keilmuan mereka dari sudut penulisan, ceramah dan pelbagai sebaran menyebarkan fikiran-fikiran bidah dan teori-teori bidah mereka melalui penyalah gunaan ayat-ayat Al-Quran.

Misalnya mereka menafsirkan Al-Quran dan sunnah dengan pelbagai tafsiran yang pelik-pelik dan jauh dari kaedah ilmu lalu dengan semudah-mudah menyandarkannya kepada Al-Imam Syafie ra untuk membenarkan ajaran mereka.

Ali bin Abi Thalib ra berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama. Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain. (Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, m/s 121).

bersambung

-------------------------------------------------------------------------------------------------

KEMASKINI 12/7/2006:


Maaf salah dan silap.
bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment