Allah berkehendak akan menerangkan kepadamu dan memberikan petunjuk keadamu akan cara-cara yang dilakukan oleh umat sebelum kamu, dan Allah juga berkehendak untuk menerima taubatmu, dan Allah adalah Dzat Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah berkehendak untuk menerima taubatmu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya itu berkehendak untuk berpaling dengan palingan yang sangat. Allah (juga) berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, sebab itu manusia diciptakan dalam keadaan yang lemah." (An-Nisa: 26-27)
L
ama juga ana tidak menulis entri dalam blog, sebenarnya ana tidak berkesempatan untuk menulis. Ini kerana, sekarang ana telah bekerja di bahagian baru, bukan lagi di bahagian training, tetapi di bahagian koperasi syarikat.
Kerja baru ini rupa-rupanya cukup mencabar dan sukar, apatah lagi kerana ianya melibatkan wang dan pelaburan (mana la ana pernah belajar bendalah ni dulu). Tugas ana sekarang ialah menguruskan hal-ehwal berkaitan pelaburan koperasi syarikat, daripada bab mencari pelabur sehinggalah bab menyediakan dokumen untuk mesyuarat agung tahunan.
Nampaknya, kerja baru ini memerlukan ana untuk lebih kerap ber'outstation'.
Alhamdulillah, semalam ana dijemput untuk menjadi interviewer syarikat untuk mendapatkan staf-staf baru untuk syarikat, dan berita baiknya ialah, ana sudah mendapat calon yang sesuai untuk diserapkan di bawah ana dalam koperasi. Insya Allah, seawal minggu depan, ana akan mendapat seorang pembantu (dan itulah staf yang paling awal yang sudahpun diterima untuk berkhidmat selepas temuduga semalam).
Oklah, sampai bersua lagi. Sekejap lagi nak kena attend mesyuarat. Oh ya, sebelum terlupa, ana nak ajak sahabat-sahabat tengok cerita Kiamat Sudah Dekat yang ditayangkan di tv9 setiap petang (selepas rancangan kegemaran ana - Spongebob Squarepants- hehe...). Tengok, dan kemudian cuba bezakan dengan cerita-cerita remaja melayu yang selalu ditayangkan tiap-tiap malam kat tv :)
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment