"Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawai dan perhiasannya, sedang apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya." (Al-Qasas: 60)
I
nilah catatan pertama ana bagi bulan Syawal kali ini. Ana pun tak tahu berapa lama dah ana tak update blog, mungkin dah hampir setengah bulan (atau mungkin lebih). Justeru, hari ini, ana tergerak hati (dan tergerak tangan) untuk menulis sedikit catatan.
Sebenarnya, semenjak dua menjak ini, terlalu banyak tugas yang sampai di atas meja. Baik kerja pejabat, mahupun kerja-kerja 'bukan pejabat'. Jadi, tak berapa nak ada masa lah untuk kemaskini blog.
Keduanya, ana sedang mengintai-intai untuk berpindah ke blogger versi beta (mirip kepada wordpress), memandangkan ada beberapa kelebihan berbanding versi sekarang. Masalahnya cuma SATU sahaja, tak ada template yang menarik untuk versi beta. Dah puas layar internet, tapi tak jumpa-jumpa. Jadi, ana bercadang nak kekal di sini (blogger) dahulu buat beberapa ketika.
Ketiganya ana rasa sampai di sini dulu kot buat kali ini, memandangkan bos pun dah sampai, jadi tak dapatlah nak menulis lama-lama. Insya Allah ana akan kembali menulis selepas ini. Salam Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

template baru lagi... :)
ReplyDelete