Wednesday, November 22, 2006

RadioBLOG: KEMBALI KEPADA FITRAH

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.


Kembali Kepada Fitrah-ehsan dari blog Amad.

------------------------------------------------------------------------------------------
'Projek' baru daripada Amad - Kembali Kepada Fitrah. Buat sahabat-sahabat semua, jom kita pakat-pakat dengar. Mana la tau, kot-kot dengan mendengar benda-benda yang elok macam ni dapat mendekatkan kita dengan hidayah Allah (bukankah hidayah Allah itu ada di mana-mana, cuma manusia yang tidak mahu mencarinya!). Buat Amad, teruskan usaha murnimu ini :)

Oh ya, sebenarnya ana baru sahaja pulang dari menghadiri Mesyuarat Tindakan 2007 syarikat di Hotel Bella Villa, Langkawi. Dalam kursus tersebut, kami membincangkan pelan tindakan syarikat untuk tahun 2007 selain membentangkan perancangan jabatan dan bahagian masing-masing. Sasaran syarikat: 'Ke Arah Mencapat Jualan 6 Juta Sebulan'.

Dan... seperti yang dijangka, kami pulang dari Langkawi membawa berguni-guni perancangan (dan kerja!) yang perlu dilaksanakan demi mencapai sasaran syarikat.

Jadi, hari ni adalah hari pertama ana masuk ke pejabat setelah hampir seminggu terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar. Alhamdulillah, tak banyak benda yang nak dibuat, memandangkan semuanya telah dibuat oleh pembantu. Cumanya, walaupun tak berapa nak sibuk di pejabat, ana akan sibuk-sesibuknya di rumah sebab zaujah dengan Jannah dah balik kampung. Terpaksalah buat sendiri kerja-kerja rumah. (nota: nak makan apa ya tengah hari ni...) Sampai berjumpa lagi.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

2 comments:

  1. terharu saya.

    Terima Kasih Cpol.

    Moga ALLAH membalas jasa baikmu.

    Ahmad

    ReplyDelete
  2. sama-sama sahabatku :)

    ReplyDelete