Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"biarpun mata terpejam kasih tetap di hati
terukir peribadi segirang matahari
memancar hati sanubariku berseri menerangi
tak terputus kalimah sekilasnya cahaya
segalanya kudratku dariMu ya Allah
memberi jalan yang diredhai olehMu
penyuluh di malam hari....."-Rabbani
Allah berfirman yang maksudnya;
"...akan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah di dalam hatimu..." -al Hujurat:7
Selamat bersua lagi di hari Jumaat. Alangkah bahagianya kita kerana dapat merasai lagi peluang untuk bertemu dengan hari ini untuk kali yang ke......nya, bermakna, Allah masih memanjangkan usia kita, walaupun terlalu banyak dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Kita terlalu lemah, dicipta akal dan nafsu, namun kita dibekalkan dengan keimanan untuk memandu kedua-duanya (akal dan nafsu).
Tapi kita juga tidak sentiasa berpegang kepada iman, kerana kita kadangkala rebah menurut hawa nafsu. Kerana kita hanya makhluk yang bernama insan. Kadangkala iman kita terlalu unggul untuk dicabar, namun ada kalanya nafsu bertakhta di hati, memandu kita ke arah kegembiraan yang zahir, namun tersirat dosa dan kegelapan. Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada sahabatnya, kalau sekiranya ada manusia yang imannya tetap (yakni tidak turun naik) sampai menemui ajalnya, maka malaikat akan turun ke bumi dan bersalaman dengannya (manusia itu, tanda penghormatan malaikat kepadanya). Akan tetapi Allah ciptakan manusia, kadangkala beriman, kadangkala terleka. Maha Suci Allah yang menjadikan kita sebaik-baik ciptaanNya.
Hehe... nampaknya ada 2-3 orang hamba Allah yang tersaraf dengan kad jemputan semalam. Tu baru saraf peringkat permulaan (taraf budak tabika je), itupun dah tak tau nak beza antara realiti dengan fantasi (atau dalam istilah ringkasnya kena tipu...)
Entahlah, apa agaknya tajuk khutbah hari ni. Dua tajuk khutbah yang pernah cPoL dengar, rasa macam nak nangis je (teruk sangatkah orang kat jabatan agama ni, sampai buat tajuk khutbah pun macam tajuk karangan budak sekolah rendah!) yang pertama "cintailah sungai kita" dan yang keduanya "wabak SARS". Eloklah tu... patutlah semakin kerap kita mendengar khutbah, semakin 'faham' dan 'menggangguk'nya kita. (sekadar memberikan pendapat)
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment