Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"bersama kita jayakan
suatu wawasan pendidikan
untuk agama dan bangsa
berbakti pada negara....."-Soutul Jihad
Sejak dua menjak ni, nampaknya timbul balik isu meritokrasi. Maklumlah... tarikh mendaftar di universiti pun makin hampir. Bagi yang bakal mendaftar diri sebagai mahasiswa, sudah pasti jawapan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi bakal menentukan apakah cita-cita mereka tercapai ataupun sekadar tinggal impian indah yang bakal menjadi kenangan hidup untuk diceritakan pada hari tua.
Meritokrasi bermakna pengambilan ke universiti dibuat berdasarkan kepada kelayakan yang dinilai berdasarkan kepada kecemerlangan, dan bukannya menggunakan sistem kuota yang dilihat lebih bersifat perkauman. Kalaulah perlaksanaannya sepertimana yang diterangkan oleh menteri, yang nyata, idea ini (meritokrasi) seolah-olah meminggirkan satu lagi keistimewaan untuk Bumiputera dan mengiyakan permintaan pihak-pihak tertentu yang mencadangkan idea 'Malaysian Malaysia' yang pernah ditentang suatu masa dahulu. Namun ada pihak melihat idea meritokrasi ini sengaja ditimbulkan bagi menutup isu kuota yang sebenarnya masih diamalkan secara berselindung, dan hujah mereka adalah berdasarkan kepada penilaian yang berbeza terhadap calon daripada matrikulasi dengan calon STPM.
Seterusnya, satu persoalan yang timbul. Apakah dalam kita sibuk memperkata tentang meritokrasi, isu pengangguran graduan sudah selesai? Jawapan sudah pasti tepat ialah tidak. Siswazah tanpa kerjaya bukan lagi suatu fenomena yang hanya berlaku tatkala krisis ekonomi, bahkan sudah menjadi seolah-olah suatu profesyen baru bagi mereka yang baru menamatkan pengajian. Inilah hasilnya apabila lambakan graduan berlaku, pihak indistri pula sudah tentu tidak mampu untuk mengambil semua graduan yang dikeluarkan secara borong oleh IPTA dan IPTS yang jumlahnya kini mencecah angka ribuan institusi (dengan puluhan ribu graduan setahun). Nampaknya inilah 'hadiah yang cukup bermakna' kepada kita hasil daripada pindaan Akta Pendidikan beberapa tahun dahulu. Sear atau tidak, semenjak selesai sahaja pilihanraya baru-baru ini, kita tak putus-putus menerima 'hadiah dan saguhati' di atas sokongan yang telah kita berikan.
Hmm... pening kan?
Siapa ya moderator kelab bujang (bujang_club@yahoogroups.com) yang invite cPoL masuk mailing list hari ni? Nak tau jugak...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Cinta: Suatu Pandangan
album
Kenangan MPPUPM dan Inspirasi 2000
puisi
Anjak dan Penantian

No comments:
Post a Comment