Monday, May 31, 2004

ISLAM DAN SEKULARISME



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Namun suatu masa harus kaujaga

awas belenggu hidup yang kaucipta

akan pudar terbinasa

bersama ledakan generasi melaungkan

di mana bumi dipijak

di situ Islam dijunjung....."-Usrah as-Shoff




"...Pada hari ini, Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan Aku percukupkan untukmu nikmatKu, dan Aku hanya redha, Islam sebagai agamamu..." (Al-Maidah:3)



Islam dan sekularisme. Dua nama yang biasa, membawa makna berbeza. Antara makna agama tauhid dengan ideologi sempit. Namun menjadi seakan-akan suatu fahaman yang cuba disatukan dan dianuti oleh umat manusia. Apakah layak kedua-duanya diintegrasikan atas nama ideologi moden, atau apakah proses mengintegrasikan kedua-duanya hanya akan melahirkan lebih banyak manusia jahil zaman moden?



Sejarah telah membuktikan, adanya cubaan memasukkan makna sekular di dalam Islam. Langkah halus yang diusahakan oleh penjajah, seolah tampak hampir berjaya, melahirkan individu Islam liberal yang dikatakan memenuhi kehendak zaman. Inggeris misalnya, telah meruntuhkan aqidah kerajaan Islam Moghul di India, dengan memasukkan Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani yang mengaku menjadi nabi akhir zaman, ke dalam masyarakat Islam Moghul.



Langkah kemudiannya menyaksikan tiada lagi nabi akhir zaman, sebaliknya golongan kuffar menggunakan jarum yang lebih halus... iaitu menafsirkan semula Islam. Melalui penguasaan sistem pendidikan dan media, konsep keterbukaan digunakan secara melampau dan diserapkan ke dalam minda pemikir-pemikir Islam yang lemah, impaknya muncul mazhab yang dianuti, yang mengambil Islam secara juzuk (juz'ie) dengan hujah bahawa Islam perlu disesuaikan dengan keadaan zaman, dan membuka Islam (memudahkannya) bermakna memberikan imej yang lebih baik kepada Islam pada pandangan masyarakat dunia. Jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah kerana keyakinan rakyat terhadap ideologi Islam sekular yang dibawa oleh Mustapa Kamal Artartuk, sekaligus menjadi bukti kejayaan usaha memisahkan Islam kepada makna-makna seperti Islam moden (yang menerima pengaruh kemajuan dengan mengorbankan prinsip-prinsip pokok agar sesuai dengan keadaan semasa) dan Islam ortodoks (agama Islam yang sebenar).



...dan hari ini mereka (golongan kuffar) telah menuai hasilnya. Lahirnya generasi moden yang bernamakan Islam hanya pada syiar, dan mungkinkah kita juga merupakan produk ciptaan mereka? Fikirkanlah...



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.



tazkirah hari ini
Suami dan Isteri...


album
Kenangan MPPUPM dan Inspirasi 2000

No comments:

Post a Comment