WALIMAH
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
Kalimah yang membawa dua makna, antara kasih sayang dan amanah (tanggungjawab). Melaksanakannya bererti menunaikan tuntutan fitrah, sunnah Rasulullah S.A.W. serta meletakkan diri pada satu peringkat lagi, yang memerlukan kepada pengorbanan yang bukan sedikit. Mengambil seorang wanita sebagai isteri membawa maksud bersedia menerima keseluruhan keluarganya sebagai saudara.
Ketibaan cuti sekolah membawa bersama musim kenduri yang sudah pasti ditunggu kedatangannya. Setelah dua tiga sahabat 'telah dijemput pergi untuk menunaikan fitrah' pada musim-musim terdahulu, kali ini tiga empat orang lagi yang turut mengikuti jejak mereka. Antara mereka termasuklah Maslan dengan Juliana, Nasrul dengan Iza, Firdaus dengan Hasyuni dan yang terbaru Mid Pendang) dengan Siti Aminah. Semalam cPoL berkesmpatan menjadi tetamu khas kenduri Nasrul/ Iza, mana taknya, orang kedua terakhir (pukul 5.30 petang) yang datang kenduri kawan baik sendiri. Tiada keperluan untuk berkongsi meja, apatah lagi lauk pauk, satu strategi yang cukup bijak bagi mereka yang gemarkan suasana privacy di tempat kenduri.
Namun, isu walimah bukan sekadar bermain di dunia realiti, tetapi turut menjadi isu yang semakin diperkatakan di arena blog. Ibarat permainan sepak raga, setiap lambungan pasti ada penyambutnya, dan itulah yang berlaku. JEPun, antara nama yang disebut-sebut bakal menamatkan zaman remajanya, merupakan blogger yang cukup aktif memberikan respon awal tentang walimah walaupun beliau sendiri masih berteori, satu perkembangan positif yang perlu dipuji. Sikapnya yang merendah diri dengan memberi peluang kepada senior-senior, sebenarnya merupakan satu kaedah bijak yang membawa makna tersirat, yang perlu difahami oleh pembaca, iaitu masa untuknya berwalimah semakin hampir, justeru, beliau merasa terpanggil untuk mengajak sahabat-sahabat seperjuangannya yang lebih tua daripadanya untuk bersama-sama mengikut jejaknya.
Apapun, buat yang telah berjaya, tahniah, dan doa dari cPoL, moga mahligai yang dibina terisi dengan seribu rahmat dan keberkatanNya, insyaallah. Cuma yang menjadi persoalan, kehilangan si PAis. Apakah ada kemungkinan tindakannya menyepi buat sementara bermakna menunggu kedatangan orang ketiga? Nantikan jawapannya... apa komen anda?
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment