Thursday, June 3, 2004

ISLAM DAN SEKULARISME II (sambungan)



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekalian tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran)." (an-Naml:60)



Mencipta yang tiada, mengubah apa yang ada, itulah sifat manusia. Berbekalkan akal, manusia menterjemahkan kemampuan ilmu mereka kepada penciptaan sesuatu yang baru, dan merubah apa yang sedia ada mengikut kemahuan dan keperluan. Tuntutan naluri dan keperluan diri, alasan yang menghalalkan penerokaan minda untuk mencari sesuatu yang baru, akhirnya segala-galanya berubah, dan tidak terkecuali agama yang dianuti.



Perkembangan keilmuan menyaksikan Islam berkembang pesat sejak zaman keagungan Islam. Pengenalan ilmu-ilmu baru seperti Usul Fiqh, Tauhid dan ilmu falak (astronomi) merupakan kemajuan yang telah dikecapi oleh umat Islam. Kemudian, dunia menyaksikan takhta pemerintahan dunia bertukar tangan apabila Islam jatuh tersungkur di bumi Uthmaniyyah Turki. Ibarat kematian yang dicita, kejatuhan Islam disambut dengan sorakan kuffar... dan bermulalah penguasaan orientalis bagi memastikan Islam akan terus terkubur, buat selama-lamanya.



Bermula dengan penguasaan ilmu, mereka (orientalis) mula menutup minda umat Islam dengan tafsiran ilmu dan budaya yang baru, yang akhirnya membuatkan umat Islam merasa terpanggil untuk melakukan transformasi beragama agar ianya sesuai dengan kehendak zaman. Acuan ilmu yang disongsangkan membawa kepada kelahiran tokoh ilmuan seperti Ali Abdul Raziq, yang pernah menjadi mufti Mesir, yang dikenali sebagai tokoh yang meniadakan siasah dalam agama di samping ramai lagi yang melihat perlunya dilaksanakan proses penyesuaian dalam Islam. Maka Islam perlu berubah... "Islam masih relevan, cuma perlaksanaannya memerlukan kepada penilaian semula. Agama itu hidup dan berkembang, justeru apa salahnya kita melaksanakan proses pengembangannya..." Kata-kata ini akhirnya diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang menyaksikan berlakunya usaha-usaha memodenkan Islam. Bagai sungai yang diluruskan, terus mengalir dan dipanggil sungai, begitulah nasib Islam.



Justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan, apabila munculnya fahaman Islam pragmatik, Syiah, Golongan Muda (wahabi), Golongan Islah dan berbagai nama lagi pada hari ini. Apakah kemunculan pelbagai faham ini bermakna tragedi mazhab bertapak semula, atau sekadar menyatakan kepada dunia bahawa proses penyesuaian Islam sudah bermula?-bersambung



cPoL:Ada suara-suara jeles dari selatan semenanjung apabila ada permintaan kepada cPoL untuk buat design baju persatuan negeri tersebut? Siapa ya ekekek..."



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment