Friday, June 4, 2004

ISLAM DAN SEKULARISME III (sambungan)



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami..." (al-Ankabut:69)



Bagaimana mengenal sekularisme? Sekularisme ialah ideologi yang memisahkan antara agama dengan kehidupan dunia, atau dengan kata lain tiada intergrasi antara kedua-duanya. Bukan bermakna atheis (tiada agama), penganut fahaman ini masih beriman dengan kewujudan agama, namun secara praktikal, agama hanya tertumpu kepada soal ibadah semata-mata. Bagi mereka, mencampur adukkan agama dengan urusan dunia hanya akan membawa kepada pertembungan yang akhirnya akan merencatkan pembangunan, yang hanya menatijahkan kerugian. Justeru pengasingan perlu dilakukan, jika kemakmuran yang diinginkan.



Segala-galanya bermula apabila kerajaan Mesir menubuhkan institusi yang dinamakan Al-Islahud Dini, kononnya untuk memperbaiki agama. Berselindung di sebalik matlamat murni, institusi ini sebenarnya telah mengkaji sejarah Islam dan menulis semula sejarah tersebut mengikut kaedah dan aliran pemikiran baru yang sama sekali mengetepikan prinsip kejujuran dan kebenaran, yang akhirnya berjaya meracuni jutaan umat Islam dengan tafsiran baru Islam. Lebih malang lagi, Al-Islahud Dini juga telah membentuk kurikulum baru sirah Islam berasaskan kepada aliran yang diketengahkan oleh orientalis.



Impaknya, Islam diberi 'wajah baru' yang mula diterima. Islam bukan lagi dilihat sebagai penghalang kemajuan kerana Islam telah terpisah dari soal pembangunan. Islam menghakimi urusan ukhrawi, dan duniawi berkiblatkan selera insani. Lantas, hari ini kita melihat dasar ekonomi kapitalis, politik Machiavelli, sosialis dan pelbagai isme lagi telah diiktiraf dan dilaksanakan di negara umat Islam, dan kita terus memandang.... tanpa sebarang rasa. Terjawablah persoalan sekularisme, yang amat nyata kesesatannya. Namun, ibarat kaca dengan permata, kadangkala sukar dibeza.



cPoL:"Semalam tengok perlawanan bola paling lawak, perlawanan persahabatan antara pasukan simpanan Perlis dengan Skuad Profesional Nigeria. Tak larat gelak bila tengok cara pemain Nigeria main... ni betul-betul pemain bola ke atau budak jaga parking yang dipaksa main bola? Atau memang diorang baru first time main bola atas rumput. Nasib baikla lawan second team, kalau taakkkk..."



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment