Sunday, June 6, 2004

MENGAPA PERLU MENULIS ISU...?



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah); iaitu diturunkan dari Allah yang mencptakan bumi dan langit yang tinggi." (Surah Thaha: 2-4)



Bukanlah insan yang arif, tetapi sekadar memberikan pandangan berdasarkan kepada ilmu yang terlalu cetek, agar dapat dikongsi bersama. Bukankah berkongsi ilmu itu sedekah, maka mengapa masih ada yang tawar hati melakukannya. Mengulas isu Islam dan Sekularisme ibarat menjinjing bukit di kepala, beratnya bukan terduga, namun diri mana yang sanggup menahan derita melihat sekularisme bermaharajalela?



Maka hati tergerak untuk menulis, walau ditatap cuma sebilangan manusia, biarlah sedikit, asalkan usahanya ada. Pedih di hati melihat nama Islam dijaja, yang sebenarnya hanyalah ideologi sesat ciptaan manusia. Agama yang asalnya satu dijuzuk-juzukkan atas nama keperluan semasa, namun hakikatnya menafikan kemampuan wahyu Allah mentadbir dunia dan manusia. Apakah kita menanti datangnya bala bencana, barulah terbit penyesalan di hati?. Bukankah azab Allah itu mengerikan? Sebenarnya, belum terlambat untuk kita kembali kepada cara hidup yang sebenarnya, yakni beramal dengan Islam yang sebenarnya.



Setidak-tidaknya, dengan belajar menulis, dapat memaksa diri untuk membaca. Maklumlah... dah lama meninggalkan alam buku dan pena... semenjak menjadi pengusaha ladang anggur yang berjaya ni, kesibukan dengan urusan ladang kadangkala melupakan diri bahawa ada kerja yang belum sempurna... menyeru manusia kepada Allah.



Hmm... ada artikel menarik dalam suratkhabar, penemuan fosil (haiwan laut) tertua di Malaysia, dipercayai berusia lebih 400 juta tahun, yakni zaman sebelum dinasor. Rupa-rupanya, negeri kecik tot ni kawasan laut dulunya. Tak sangka ye sekarang dah jadi negeri maju, maju lagi daripada Johor!





Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment