Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Jika kamu berbalah (kerana berbeza pendapat) maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya)..." (An-Nisa:59)
Apa pandangan kita apabila diajukan soalan sebegini? Apakah Islam perlu diurus atau Islam yang mengurus? Apabila ianya bernama soalan, pastinya ia memerlukan kepada kata-kata yang bernama jawapan.
Sepatutnya Islam mentadbir, kerana ia diturunkan Allah untuk dijadikan panduan, yakni memandu hidup manusia. Berbekalkan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., terlalu jelas petunjuk yang telah diberikan, hanya dengan satu tujuan, memastikan manusia hidup dalam kerehaanNya. Apatah lagi Islam itu bersifat syumul dan universal, kemampuannya untuk menguruskan keseluruhan makhluk bernama manusia di seluruh pelusuk dunia bukanlah suatu fakta yang layak disangkal.
Namun, apakah benarnya Islam yang mentadbir? Apakah pada hari ini kita masih berpegang kepada kenyataan bahawa hidup kita terarah mengikut kehendak agama atau kita yang mengorientasikannya? Kalaulah Islam yang mentadbir, maka di manakah contohnya? Dan jika persoalan kita yang mentadbir agama diajukan, maka adakah fakta yang membuktikannya?
Lihatnya pada kenyataan, kita pasti ketemukan jawapannya. Usahlah kerana keegoan, lantas kita menafikan kebenaran. Akuilah bahawa kitalah yang memerintahkan agama Allah, mengarahkannya tanpa sebarang rasa. Jika tidak, masakan terlalu banyak kemungkaran dihalalkan atas nama budaya, dan terlalu banyak kewajiban terpendam atas nama rukhsah semata-mata. Kalau bukan manusia, maka siapakah yang pernah mengucapkan "Bagaimana ingin maju kalau yang haram itu haram, dan yang halal itu halal...? dan "Perlaksanaan Islam pada hari ini memerlukan kepada penafsiran semula... Bukankah kita yang mengiyakannya?
"Islam itu mentadbir atau ditadbir". Hanya kita yang mengetahuinya...
PENGUMUMAN: Iklan TV3 sure heboh tidak menggambarkan apa-apa tentang masyarakat negeri ini. Justeru, anda diminta agar tidak tersaraf dengan apa-apa kenyataan tentangnya daripada mana-mana pihak termasuklah dari negara JEPun
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
DIKEMASKINI: ALBUM
Gambar Kenangan Dulu-dulu

No comments:
Post a Comment