Thursday, June 10, 2004

RINGANNYA KEPALA...






Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)..." (Surah An-Nisa':86)



Syukur kerana tugas yang telah diberikan telah berjaya disempurnakan. Hasilnya HANYA diperolehi setelah mengadap komputer selama berjam-jam, memeningkan kepala sendiri memikirkan macam mana nak buat, menginfakkan sebahagian besar masa untuk men'surf' internet bagi mencari idea (yang akhirnya menatijahkan sejumlah besar wang perlu dikeluarkan bagi membayar bil) dan bermacam-macam kerja lagi. Tanpa ada sebarang pengetahuan tentang programming (walaupun berjaya lulus dengan cemerlang(?) dalam subjek C programming), namun pengetahuan asas dalam bidang 'copy, paste, edit and rename' sedikit sebanyak membantu.



Nasib baiklah ada pc yang cukup power. Berbantukan Adobe Photoshop 6.0, Macromedia Dreamweaver V.3 dan Flash V.5, Microsoft Frontpage, Ms Paint dan dua tiga program lain, tugasan yang diberikan dapat disempurnakan dengan mudah (ceewahh... nampak macam terel, padahal.....) Pun begitu, pengalaman bermain-main dengan perisian juga menjadi faktor yang menyebabkan kerja-kerja menjadi sedikit mudah.



Tepat jam 5.00 petang, akhirnya tugas yang telah diberikan pada 15 hb. Mei siap untuk dipersembahkan. Rasa macam jadi burung, terbang ringan di angkasa, rasa macam jadi ikan, berenang bebas di laut... begitulah rasanya bila amanah yang diberikan dah siap. Walaupun kadang-kadang kerja yang diberikan tu bukannya senang macam bawak JEB, tapi selagi ia bernama amanah, maka WAJIB disempurnakan.



Apa...? Apa benda kerja tu? Mana boleh bagitau, tapi yang pastinya KERJA JAHATla hehe (gelak dalam nada jahat)... kadang-kadang seronok jugak buat kerja jahat ni kan... betul tak Paiji?



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.



album
Gambar Kenangan Dulu-dulu


puisi
MahaMu

No comments:

Post a Comment