Tuesday, May 11, 2004

Masa...



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Semalam telahpun tersisih

suka duka jadikan iktibar

kerana hari esok yang mendatang

tak menjanjikan kepastian......"-Anugerah




Haa... setelah sekian lama (padahal baru 3 hari... lama ke?) tak dapat nak update blog atas sebab-sebab yang dirahsiakan, akhirnya hari ni ada masa sikit untuk update.



Semalam ada hamba Allah yang tidak mahu namanya disiarkan, menaja makan malam, berupa menu nasik lauk tomyam ayam, ketam rebus, ikan masak paprik, ikan kembung goreng dan telur dadar... masya Allah, mesti jeles si JEPun dengan PAis bila mengetahuinya. Moga Allah murahkan rezekiNya dan menjadikan hamba Allah itu hambaNya yang bersyukur.



Banyak yang nak dituliskan, tapi masa begitu cemburu. Seorang sahabat kirimkan kata-kata ini;



"Dalam munajatku aku menghadapMu, Dalam diriMu kucari sandaran terakhirku. KepadaMulah air mataku tertumpah, Engkau hidup dalam lubuk benakku." (Syair Zun Nun Al-Misri)



Ini jadual cPoL untuk esok:



8.30 pagi : bertolak ke pekan Kuah

9.30 pagi : bertolak ke Kuala Perlis

10.30 pagi: tiba di Kuala Perlis

11.00 pagi: tiba di Kangar

12.30 pagi: bertolak ke Jejawi

9.00 malam: bertolak ke KL

4.00 pagi : tiba di Puduraya (bosanlah sampai waktu ni....)

8.00 pagi : tiba di Serdang (oii... mintak tolong sesiapa mai ambik)




"Dengar katanya si Firdaus nak kawin? Hantu betulla budak ni... senyap-senyap je curi orang Perlis, tak bagitau AJKT pulak tu">



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment