Thursday, May 13, 2004

PAis, JEPun, dan jeles...



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Terkenang sebuah memori lalu

kisah persahabatan kita bersama

di dalam satu pengajian

menuntut ilmu dan pengalaman......"-Anugerah




Ekekekekekekee.... rupanya ada orang jeles kerana cPoL akan ke Serdang malam ni. Tak caya? Cuba baca kat shoutbox. Anda tentu dapat membaca kata-kata 'perangsang' yang tertera di bahagian atas sekali.



PAIS DAN JEPUN YANG MEMANG JELES



KANGAR, Khamis: Dua remaja semalam didapati telah melakukan kesalahan cuba mensabotaj lawatan cPoL ke Serdang dengan sengaja, menurut satu sumber yang boleh dipercayai. Kedua-dua suspek yang dituduh atas tuduhan jeles dengan niat itu berusia dalam lingkungan 20-an (walaupun yang sorang tu nampak macam pelajar baru keluar taska, manakala sorang lagi tu walaupun dah kawin, tapi tak macam orang dah kawin pun).



Salah seorang suspek telah didapati menjalankan kempen menutup handset. Walau bagaimanapun, kempen yang dijalankan oleh si PAis dipercayai tidak akan mendapat sambutan oleh warga Serdang kerana mereka telah lama menanti kedatangan cPoL ke sana. Kempen yang telah masuk hari kedua ini turut disokong oleh JEPun yang merupakan sekutu rapat PAis dalam menggagalkan rancangan cPoL.



-sumber berita CNN



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment