Wednesday, May 26, 2004

Nak berjuang? Eii... betul ke?



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Oh mampu kau tanggung beban hinaan

dari mereka tiada hentinya.....

oh tega kau terus diam membatu membilang derita

walau puterimu menjadi mangsa

putera sanjungan lumpuh terhamba....."-usrah as-Shoff




Allah berfirman di dalam al-Quran, yang maksudnya;



"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Ali-Imran 139"



Syukran buat Kohaku atas tazkirah yang telah diberikan.



Itulah Allah... Dia memuliakan mereka yang berjuang menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini, dan Dia merangsang umatnya yang ditimpa musibah dalam perjuangan merebut gelaran syuhada', melalui ayat-ayatNya di dalam kitabNya. Dia menganugerahkan nikmat syurga dan bidadari di dalamnya buat mereka yang melepasi ujian (syahid) itu, dan Dia memuliakan mereka yang hidup selepas berjuang dengan kemenangan. Pada Islam, perjuangan menghadiahkan kita dengan kemuliaan ketika hidup, dan syahid jika sebaliknya.



Ye la... memang senang nak cakap berjuang, berjuang ni... tapi bila dah grad, baru la sedar betapa tinggi rendah langit kat luar ni. Nak beramal dengan Islam pun payah, semacam ada kuasa nakal yang sentiasa berkata "cPoL-cPoL, takyah la nak jadi alim sangat... alah, hidup ni sekali je, jangan pulak asyik tolak je nikmat yang ada... lagipun, engko tu dah baik dah, apa salahnya 'berehat' kejap dari jadi baik..."



Hmm... ramai jugak yang jarang update blog ni ya, ingatkan cPoL je, Paiji dengan PAis pun camtu. Si PAis tu fahamla... sebab dia sibuk dengan urusan rumahtangga bahagianya, ngeri jugak rupanya alam rumahtangga ni yak! Apapun, lepas ni DUA (2) orang lagi rakan cPoL gugur dari gelaran bujang. cPoL nak tunggu si JEPun pulak walimah lepas ni, sebab bila baca blog dia, tertera perkataan 'mak ngah'... persoalannya, siapakah mak ngah tu? Entahlah... hanya dia yang tau kan JEPun kan..kan.. ;)



Dalam surah al-Muzzammil ( ayat 1-7 ) ada menyebut ...



"Hai orang yang berselimut.Sembahyanglah kamu dimalam hari kecuali sedikit daripadanya iaitu separuh malam atau kurangkan ia sedikit daripadanya atau lebih daripadanya dan baca lah Quran dengan perlahan.Sesungguhnya kami akan menurunkan kepada kamu perkataan yang hebat. Sesungguhnya beribadat di malam hari , lebih tetap dalam hati dan lebih lurus bacaannya.Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari ada urusan yang banyak ... "



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment