Tuesday, May 25, 2004

Offline...?



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"Kematian melanda tanpa dapat diduga

kehilangan terasa menyentuh jiwa

panggilan kepadaNya tak mampu berdolak kata

pasrahlah menerima ketentuan dari Yang Esa....."-usrah as-Shoff




"Lahirnya manusia disambut dengan laungan azan

matinya manusia diiringi dengan solat, antara manusia azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini"




....kata-kata kiriman seorang sahabat yang cukup bermakna, mengingatkan diri akan begitu singkatnya kehidupan. Bukan menongkat langit, bukan mengarah masa... tetapi kita adalah manusia yang hanya mampu membilang hari, dan pada satu masa, kita tidak lagi membilangnya, kerana ketika itu kita telah dijemput pergi.



"Offline...? Perkataan yang nampak biasa tetapi sebenarnya membawa makna yang cukup mengerikan bagi mereka yang ada blog sendiri. Memang menakutkan... bila tak dapat online, terasa betul-betul diri ni kat pulau (memang la Langkawi ni pulau, tapi kalau dapat online tu, takla terasa macam kat pulau sangat sebab boleh la jugak jenguk dunia kat luar). Huiiiii.... (baca dalam nada sedih) hanya Allah yang tahu deritanya cPoL lima-enam hari ni.



Emm... 1 hb. Jun kenduri kahwin si Nasrul (ex-UiTM, my best friend) dengan Hayatul Iza (ex-UM), 3 hb. Jun pulak walimah si Firdaus dengan Hasyuni (ex-USM)... Moga berbahagia la hendaknya diorang tu... dan buat yang nak datang ke Perlis yang kecik tot ni, jemputlah ke rumah. cPoL balik 30 hb. ni.... balik terus. Tak nak duduk dah kat pulau ni.



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment