Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Dan berkatalah Ibrahim: 'Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku). Sesunguhnya Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (al-Ankabut:26)
Berenanglah, walau terkadang engkau tenggelam. Menduga laut bermakna menyambung episod hidup. Badai dan bayu itulah ceritanya. Dan engkau perlu terus berenang, jika ingin ke seberang.
Janganlah selamanya mengharapkan perahu, kerana perahu kan karam. Engkau tidak selamanya harus bergantung harap, kerana engkau suatu masa kan bersendiri. Samudera itu perlu diharungi, walaupun cuma bertemankan diri. Dan rungutan, dan tangisan, jeritan, menjadi lagu yang membuatkanmu tidak sunyi. Berenanglah walau engkau kan bersendiri. Kerana engkau cuma bersendiri ketika membuka matamu, dan engkau juga akan bersendiri tika melabuhkan hayatmu.
Berenanglah demi mencari suatu nokhtah yang murni. Penghujung itu cita-citamu. Mengertilah makna derita dan payahnya, engkau kan redha. Dan engkau kias penyair yang akan terus bersayembara, selagi belum ketemu penghujungnya.
Kalaupun tenggelam, senyumlah kerana engkau telah mencuba... maka biarlah Tuhan menentukan apakah habuanmu.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Nazar

No comments:
Post a Comment