Saturday, July 3, 2004

JOM BLOG!



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



"...akan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu..."-al-hujurat:7



Nampaknya, bertambahlah seorang lagi warga blogger. Seperti kata Paiji (namun dengan sedikit pembetulan), seorang di utara, dua di selatan, seorang di lembah Klang, seorang di entah (ntah... sebab dah tak tahu status dia sekarang sama ada dia dah jadi orang Johor atau orang Perak, atau orang KL). Yang terbaru ni sahabat kita daripada pantai timur:



+ Paiji

+ cPoL

+ Amin

+ JEPun

+ PAis

+ Matdwe



Hmm... kenapa memblog? Kalau ada sepuluh kepala, sudah tentu ada sepuluh jawapan, bukankah begitu? Bagi cPoL, dengan meblog, seseorang itu dapat menerbitkan/ menyiarkan apa-apa sahaja yang dia nak siarkan (apa-apa saja...). Kalau yang lebih advance, mereka menggunakan blog sebagai medium menjana sumber ekonomi, selain sebagai portal informasi, dan tak kurang juga yang menjadikannya sebagai media propaganda.



Kenapa memilih blog? Sebabnya blog ni mudah untuk manusia yang tak pernah reti tentang HTML atau C++ atau JAVA atau apa-apa bahasa yang semakna dengannya. Tak perlu nak pening kepala memikirkan ..."macam mana la akku nak buat website sendiri, sedangkan subjek C programming pun mati-mati nak pass...", cuma daftar, pilih setting, pilih template (atau edit, bagi yang agak mahir, atau copy je bulat-bulat template orang lain bagi orang yang memang tak mahir macam cPoL), tuliskan apa-apa sahaja, dan kemudian publish! Eeiii mudahnyeee... (kecualilah bagi mereka yang tidak memahami bahasa Inggeris). Kemudian satu dunia akan dapat melihat dan membaca blog anda walaupun yang pastinya tak semua penduduk dunia memahami bahasa Melayu!



Cuma bagi Muslim seperti kita, apalah salahnya kalau blog yang kita publish hari-hari tu, setidak-tidaknya terisi dengan bahan-bahan atau artikel (atau apa-apa saja...) yang boleh mengajak manusia untuk kembali kepada kehidupan beragama (Islam). Bukan bermakna tak boleh nak masukkan lawak jenaka, serta celoteh yang kadang-kadang orang yang baca pun tak faham maksudnya, tapi biarlah ada sedikit sumbangan kita kepada Islam, sesuai dengan identiti Muslim iaitu menyeru kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah. Kalaupun cuma seorang sahaja yang membaca isi blog kita, tetapi dia menyampaikannya pula kepada orang lain, kita sudah mendapat saham akhirat melalui sedikit ilmu yang kita siarkan itu. Mudah bukan nak buat baik? Bukankan dalam Islam, amal yang sebesar biji sawi itupun sudah dihitung oleh Allah?



Sekadar memberikan pendapat... :p



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment