ASBAB DAN TAJRID
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
Firman Allah yang maksudnya;
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'"-al-Baqarah:45
Baru-baru ni, pegi dengar kuliah Maghrib Ustaz Siddiq Nor. Dah dekat dua bulan rasanya ter'miss' kuliah bulanannya. Alhamdulillah, bulan ni Allah izinkan untuk pergi. Ustaz ajar tentang kaedah Allah menurunkan rezeki pada hamba-Nya. Mungkin ada baiknya ianya ditulis di sini, agar kita mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan.
Ada dua kaedah Allah mengurniakan kepada kita rezeki. Pertama, melalui asbab, dan keduanya tajrid. Well... apa itu asbab dan apa pula tajrid?
Asbab bermakna, manusia dianugerahkan Allah akan rezeki, hasil daripada usaha yang dilakukannya, yakni rezeki yang kita peroleh itu adalah datang daripada sebab (usaha). Dalam ertikata yang lain, dengan sebab usaha, maka kita beroleh rezeki. Contohnya, kita nak bekerja, kita pun minta kerja kat dalam paper, buat dan hantar resume, pastu pergi temuduga. Akhirnya kita dapat jadi engineer. Sebenarnya kita beroleh jawatan tersebut setelah kita melaksanakan usaha tersebut. Orang yang mendapat rezeki melalui jalan ini adalah orang awam (yakni muslim biasa) seperti kita.
Tajrid pula berlaku apabila Allah menganugerahkan hambaNya dengan rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Biasanya para ulama', para wali dan orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah S.W.T. sahajalah yang beroleh darjat sebegini. Misalnya, kalau kita lihat para tok guru yang mengajar kitab, mereka tak pernah ada apa-apa sumber pendapatan tetap, dan tidak pernah memikir pun untuk bekerja mencari rezeki, selain daripada terus mengajar. Namun mereka masih boleh hidup, makan minum dan punya tempat tinggal. Dari mana mereka memperoleh wang untuk digunakan? Apa yang berlaku ialah Allah sendiri yang mengaturkan sumber rezeki buat mereka (misalnya bayaran zakat buat mereka, derma orang ramai, hadiah, dll) tanpa perlu mereka fikirkan bagaimana utuk mencarinya. Sebaliknya, apa yang perlu mereka lakukan ialah redha dengan rezeki yang Allah kurniakan dan meneruskan kerja buat mereka dalam mendidik manusia mengenal Allah S.W.T.
"Tapi ada perkara yang perlu kita ingat...", kata ustaz. Redhalah di mana Allah letakkan kita, sama ada di tahap asbab mahupun tajrid. Kita tak boleh bertindak mengubah kedudukan kita (sama ada daripada tingkat asbab naik ke tingkat tajrid, ataupun sebaliknya-kecuali Allah sendiri yang mentakdirkan berubahnya tahap kita) kerana menurut Ibnu Ata', seorang ulama' silam (yang juga penulis kitab tauhid ini), perbuatan ini bermakna individu tersebut bersikap tidak sopan dengan Allah dan mereka sebenarnya tidak lain hanyalah menuruti hawa nafsu. Maknanya kita yang beroleh rezeki melalui usaha, kena terus berusaha, jangan pulak berhenti dan mengharap Allah kurniakan rezeki, manakala mereka yang dikurniakan Allah rezeki melalui jalan tajrid, tak perlulah memikirkan untuk mencari rezeki sepertimana manusia awam yang lain.
-----
Ada blogger baru dari Pantai Timur dah mula memblog. Nak tau sape? Klik di sini untuk akses.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment