Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. kebaikan, nescaya ia diberi faham tentang agama." (Muttafaqun 'alaih)
N
ampaknya ada 'jawapan awal' tentang persoalan MENGHITUNG HARI (...). Enta rasa betul ke tak jawapan enta tu Paiji? Ewah-ewah, sedap-sedap dia je meneka... kalau hampir betul tu okla jugak, ni tak! Jawapan 'dah nak kawen dah la tu' langsung tak ada kat dalam skema hehe... Paiji...Paiji, tak mengapa, cuba teka lagi. (gatal sungguh budak ni ye...)
Mulanya, cadang taknak update blog, sebab hari ni tak bercadang nak masuk ke pejabat. Tapi tadi teringat nak serviskan DAL tu, jadi lepas je habis urusan kat Jalan Ipoh, terus lari ke Bukit Jalil, meeting dengan subkontraktor, lepas tu terus ke Serdang untuk servis motor. Tapi kedai pulak tutup. Nak balik (?)... malaslah pulak, kalau dekat tu tak apalah jugak. Ini tak... maunya dekat sejam pulak nak balik rumah. Jadi....?
Jadi, baik juga masuk cc, menghabiskan masa yang ada (dan menghabiskan duit yang ada hehe...)
Habis, apa maksud sebenarnya 'MENGHITUNG HARI (...)' ni? Kalau nak tahu, tunggulah sampai entri terakhir. Insyaallah, tinggal beberapa entri je lagi, lepas tu sahabat-sahabat kan ketemu jawapannya.
Ma'al hijrah baru sahaja berlalu, dan seperti biasa, kita menyambutnya dengan sederhana, tanpa sebarang sambutan mega. Tidak salah untuk meraikan Ma'al Hijrah, bahkan sekiranya betul caranya (meraikannya), Insyaallah kita beroleh pahala. Namun yang menjadi tanda tanya ialah, apakah sudah cukup dengan mengadakan sambutan mengingati peristiwa Hijrah tanpa menghayati makna dan hikmah tersirat di sebalik Hijraturrasul?
Apa maknanya, kita menghormati dan memuliakan haji bersejarah tersebut, namun kita jugalah manusia yang berani mengatakan tidak pada kata-kata baginda Nabi S.A.W.? Apa maknanya, kita berarak sambil melafazkan selawat, memuji-muji baginda Rasulullah, namun pada masa yang sama, kitalah manusia yang ingkar pada sunnah baginda? Apalah ertinya syiar, jikalau syariat dikesampingkan? Apa makna semua ini?
Hijrah sepatutnya membawa kita menghampiri kebaikan, menjadikan kita insan yang hampir kepada Tuhan (Allah). Hijrah sepatutnya membawa makna diri kita meningkat ke satu tahap yang lebih baik, menambah taqwa. Hijrah sepatutnya menyedarkan kita daripada alpa dan lena yang panjang, untuk bangun berlari mengejar cahaya di taman (janji syurga).
Malangnya tidak....
Hijrah berlalu... dan kita terus menjadi manusia yang bernafas dalam dosa. Sukarnya untuk berubah, kerana berubah memerlukan kuasa dan upaya, sesuatu yang kita tidak punya. Berhijrah memerlukan keikhlasan dan taqwa, namun hakikatnya semua itu tiada. Justeru, kita hanya melihat dengan mata, agama dipermainkan semahunya, ummah dihina di mana-mana, maruah agama Muhammad dicabar di hadapan mata, namun kita bagaikan merelakan sahaja... ternyata kita terlalu lemah. Kita sudah tidak punya apa, kecuali pegangan agama yang terlalu lemah, hanya menanti masa untuk rebah. Parahnya kita...
Maka, apalah yang ada pada 'hijrah' kita?
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment