Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, dan tidak sabar terhadap bala yang Aku timpakan padanya, maka carilah tuhan selain Aku dan keluarlah dari bawah bumbung langit-Ku." (hadis Qudsi)
N
asyid itu seni, justeru apa salahnya jika ianya diselitkan dengan keindahan dan kesenian...? Satu persoalan yang menarik perhatian ana. Ya, nasyid itu merupakan satu cabang seni dan sesungguhnya seni itu adalah sesuatu yang indah (atau ditafsirkan indah). Bukankah Islam sukakan keindahan? Jika iya, maka tidaklah salah kalau nasyid didendangkan buat menghiburkan hati-hati manusia, kerana sesuatu yang indah itu pasti bersifat menghiburkan!
Benar... nasyid itu salah satu cabang seni dalam Islam.
Namun, kita perlu melihat erti seni mengikut pandangan Islam, bukannya melalui kacamata seorang ahli seni. Manusia mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang indah, begitu juga tafsiran Islam. Cuma keindahan yang bagaimana? Benar, seni itu menghiburkan, tetapi hiburan yang bagaimana yang diharuskan oleh syarak? Andainya hiburan itu membawa kepada kerosakan, maka ianya tertolak, meski ianya indah.
Islam mengiktiraf seni. Seni dalam Islam ialah sesuatu perkara indah yang membawa peminatnya (manusia) kepada mengagungkan Allah. Keindahan yang dengannya manusia mengimani bahawa Allah itu Pencipta yang Maha Sempurna. Allah menjadikan bumi ini sebagai hamparan yang cukup indah, supaya manusia merasai kehebatan Penciptanya, lantas, memperbaiki diri dengan ibadah dan muhasabah. Allah menurunkah huruf-huruf-Nya yang tersusun dalam bait-bait indah di dalam al-Quran, buat menghiburkan manusia agar lebih asyik dalam ibadahnya.
Namun, manusia mempunyai tafsiran berbeza...
Maka, kita melihat seni ditafsirkan sebagai sesuatu yang indah semata-mata, yang dengan sifatnya itu menghiburkan manusia sehinggakan manusia lupa pada tanggungjawabnya yang sebenar (sebagai hamba). Seni dicipta secantik-cantiknya, sehingga sebahagian manusia bertuhankan kepadanya. Seni ialah keseronokan, hiburan, keasyikan yang menggembirakan... pada pandangan manusia. Seni bukanlah kesakitan, penderitaan atau kesusahan, apatah lagi paksaan yang hanya membawa duka.
Sedangkan, Islam mengajar kita, betapa indahnya (seni) tangisan seorang insan yang bersujud di hadapan Allah. Islam menjelaskan betapa penderitaan itu adalah suatu kurniaan kasih-sayang Allah yang cukup indah buat hamba-hambaNya. Islam menyatakan betapa cantiknya darah dan luka yang mengalir atas nama jihad dan perjuangan. Islam mengiktiraf kesabaran sebagai suatu seni dalam mujahadah! Apa... terbalikkah tafsiran Islam? Wallahua'lam.
Ana tuliskan lirik sebuah nasyid Izzatul Islam (Indonesia) buat tatapan semua.
KAMI HARUS KEMBALI
Berkobar tinggi panaskan bumi
membakar ladang dan rumah kami
darah syuhada mengalir suburkan negeri
tiada kata lagi...kami harus kembali
Siapa dituduh siapa menuduh
mulut lancang asal berbicara
kami mujahid bukan perusuh
berjuang pertahankan agama
Siapa dituduh siapa menuduh
mulut lancang asal berbicara
kami mujahid bukan perusuh
tanah air kami...akan tetap dibela
Walau tertatih kami berjalan
susuri bukit lembah dan hutan
bukan kerana takut kami berlari
dengan asma Allah...kami akan kembali
Berbekal iman yang paling utama
mujahid maju songsong senjata
pasukan Allah akan membela
bergelar syuhada...hidup di jalan mulia!
Tinggal 27 hari lagi...
Permisi dulu. Maaf salah dan silap. Wassalam.

No comments:
Post a Comment