Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Bermusafirlah kamu, kamu akan bertemu ganti dengan orang yang kamu tinggalkan. Hendaklah kamu berpenat-penat, kerana kelazatan hidup itu adalah di dalam berpenat-penat." (Imam Syafi'e)
E
mm... lama jugak rupanya ana tak update blog. Maaf bebanyak. Bukan taknak update, tapi biasalah, takdan (ni saja alasan yang ana terfikir nak bagi). Memang ana selalu online, check e-mel, tapi bila mai tang nak update blog tu, macam ada satu kuasa yang halang daripada nak menaip. Time tu la mai perasaan malas dan time tu jugak la takdak idea nak menulis apa-apa.
Sebenarnya, ana baru saja habis KONVEK. Alhamdulillah, majlis konvokesyen yang dilangsungkan di Dewan Perdana Felda tu berjalan seperti yang dirancang. Tapi ya Allah... sewa dewan saja nak cecah RM 18 000! Taklah besar mana pun dewan tu.
Selesai satu kerja.
Lepas ni nak prepare untuk kerja seterusnya... Kursus sijil sebulan. Buat pertama kalinya, ana kena jadi pensyarah untuk kursus ni heheheh... Tak dapat nak bayangla macam mana nak mengajar kat depan sebagai pensyarah. Sebelum ni, kelas pun jarang masuk, tetiba je dapat 'penghormatan' jadi pensyarah! Mau tak mau, kena la bukak buku dan buat assignment sikit untuk subjek yang akan diajar nanti.
Tinggal seminggu saja lagi...
Nampaknya, sekarang heboh pasal isu AP. Nak cerita panjang pun rasanya bukan ramai sangat yang faham. Tu yang malas nak cerita tu hehe... tapi basically, AP ni ialah pasal permit untuk bawa masuk kenderaan import ke pasaran dalam negara. Sebenarnya isu ni ialah isu yang dah lama, persoalannya kenapa sekarang isu ni timbul? Satu persoalan yang memerlukan jawapan tapi percayalah... takdak siapa yang akan jawab.
Sebenarnya, ianya amat berkait rapat dengan survival industri automotif nasional, khasnya Proton. Isu ni boleh (sebenarnya telahpun) menggugat kepentingan syarikat automotif nasional tersebut. Lambakan permit AP yang dikeluarkan menyebabkan Proton hilang daya saing, dan khabarnya ada statistik yang menunjukkan betapa Proton mengalami kemerosotan dari segi penguasaan pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Maka, apabila CEO Proton membuat pendedahan, isu ini mula hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan MITI dan Proton itu sendiri.
Apa yang kita perlu faham, apa beberapa perkara yang perlu dikaji di sini. Pertamanya ialah sejauh manakah perlindungan yang wajar diberikan oleh kerajaan terhadap industri automotif tempatan. Bukannya apa, rasanya Proton telah lama diberi perlindungan dan sokongan insentif, justeru, sudah sampai masanya bagi Proton untuk berdikari dan membuat perancangan strategik. Perkara kedua ialah, sejauh manakah kerajaan komited dalam memastikan pengeluaran AP telus dan tidak mengancam industri kereta nasional yang kerajaan juga mempunyai kepentingan di dalamnya. Ketiga ialah, keadaan pasaran dalam negara. Perlu diakui betapa pasaran kenderaan dalam negara adalah terlalu kecil, dan pengeluaran kenderaan secara tidak terkawal hanya akan mendatangkan masalah hiliran yang lain seperti lambakan dan kejatuhan harga, selain menyebabkan kemungkinan berlakunya persaingan yang kurang sihat dalam menguasai pasaran.
Selain itu wajar diingat, betapa industri automotif nasional melibatkan maruah dan kedaulatan negara! Hakikat yang perlu diterima, sekiranya Proton gagal berdaya bersaing, kemungkinan ianya akan dibeli ada, dan ianya mengancam kepentingan strategik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dan sememangnya Proton adalah syarikat gergasi yang boleh dimiliki oleh sesiapa.
Oklah, nak mulakan kerja. Syukurlah kerana hari ni dapat jugak update blog hehe...
Maaf salah dan silap. Wassalam.

No comments:
Post a Comment