Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang setanding dengan al-Quran, dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah, jika kamu sememangnya orang-orang yang benar." (Al-Baqarah: 23)
D
aripada berbulan-bulan, ke berminggu-minggu, ke berhari-hari, akhirnya hari yang ana tunggu-tunggukan hampir tiba. Tinggal esok saja lagi. Apa yang ada pada hari esok? Esok kan hari Sabtu?
Hehe... mengikut kalendar masehi, memangla esok hari Sabtu. Tapi dalam kalendar bilik ana, esok bermakna hari di mana ana akan melangsungkan perkahwinan (walimah)...menamatkan zaman kanak-kanak. Maknanya, lepas ni ana akan jadi orang tua! Maknanya lepas ni taklah naik motor sensorang ke tempat kerja. Maknanya, lepas ni taklah makan sensorang kat mana-mana, maknanya lepas ni taklah muat ruang simpan baju kat dalam bilik, maknanya lepas ni takleh la bawak motor laju-laju macam zaman muda-muda. Namun, ia juga membawa makna semakin banyaklah amanah Allah, kerana ana akan menempuh marhalah kedua (baitul Muslim).
Insya Allah, kalau tak ada apa-apa halangan, kenduri walimah ana akan diadakan pada bulan Ogos nanti. Memanglah agak jauh dari tarikh akad nikah, tapi nak buat macam mana, keluarga ana bukanlah mewah macam keluarga menteri-menteri, siap boleh bayar 3-4 ratus ribu semata-mata nak beli undi!
Kalau tak silap, ana pernah terbaca suatu hadis yang bermaksud; "Rahsiakanlah pertunanganmu dan hebahkanlah perkahwinanmu"... sebab tu la ana tak bagitau sahabat-sahabat semua. Well... ada yang dah marah-marah, sebab tak bagitau yang ana dah bertunang, hehe... biasalah. Ana bagitau ka, ana tak bagitau ka, ana tak rugi apa-apa hehe...
"Ya Allah, Aku memohon keredhaanMu atas perkahwinan ini, dan Engkau tutupkanlah pintu-pintu maksiat melalui perkahwinan kedua hambaMu ini...Amin"
Seronok ke kahwin? Seronok... kalau didasari kepada syariat Islam, tapi perkahwinan juga boleh menjadi benda yang paling menyeksakan, andai ianya sekadar kerana nafsu. Perkahwinan membuka jalan ke syurga, namun perkahwinan juga boleh jadi menyadung kaki kita ke neraka... tengoklah kepada niatnya.
Hmm... apa benda lagi yang nak ditulis?
Maknanya gugurla seorang lagi warga T4. Hakikatnya, insan itulah yang dulunya selalu bising-bising bila sahabat-sahabat seperjuangannya dalam T4 dan T6 gugur sorang demi sorang. Insan tu lah jugak yang dulunya selalu tembak kawan-kawan dia yang dah walimah... kononnya lupa kawan la, tak istiqamah dalam kelab la, dan yang paling menyedihkan ialah, insan itu ialah ana :P
Insyaallah, kalau ada kesempatan, ana akan tulis entri pertama pasca walimah. Doa-doakan agar Allah mempermudahkan urusan kami. Ana mohon maaf buat semua, dan buat sahabat-sahabat khasnya matDwe dan JEPun, cepat-cepat la ye. Bolehla ana pergi ke Kelantan dan Johor makan kenduri nasik minyak nanti.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment