Saturday, June 4, 2005

INDAHNYA SEBUAH PERBEZAAN (3)

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Alam ini serba gelap. Ia terang hanyalah kerana tampaknya Allah di dalamnya. Siapa melihat alam namun tidak menyaksikan Tuhan di dalamnya, maka ia benar-benar memerlukan cahaya dan suria makrifat terhalang baginya oleh awan benda-benda ciptaan." (al-Hikam)

C

ukup bersemangat dan hebat... itulah kata-kata pertama yang lahir di dalam hati apabila mendengar alunan nasyid beberapa kumpulan daripada republik Indonesia. Rasanya nama-nama seperti Soutul Harokah, Izzatul Islam, Ruhul Jadid, I.R.A sudah cukup dikenali di sana... melihat kepada sambutan yang diberikan dalam konsert-konsert yang dianjurkan. Mereka tidak diminati kerana suara yang harmoni, bukan pula kerana lagu-lagu cinta yang digilai muda-mudi, tetapi kerana mesej dakwah dan perjuangan yang cukup terang-terangan! (Ana pernah terfikir, kalaulah mereka masuk carta nasyid kat sini, for sure tak masuk ranking... ). Kiranya hampir mustahil nak cari perkataan kekasih dalam lirik.

Tapi nasyid kita....

Bila melihat persembahan mereka (tengok dalam VCD je... belum ada peluang nak ke sana), Subhanallah, punyala ramai peminat, penuh dewan. Lagu pulak berkisar jihad, Palestin, dakwah dan perjuangan, bukan berkisar cinta, wanita, jauh lagi daripada memperkata tentang rumahtangga, walhal, itulah aliran nasyid kita. Yang kita ni, daripada bangun Subuh (kalau bangun la...), sampai bila letak kepala kat atas bantai, asyik ciiiinnnnttttaaaa je. Bila tengok persembahan kumpulan nasyid remaja kita, Masya Allah...lemah gemalainya, walhal dalam sirah, nasyid digunakan bagi
membangkitkan semangat umat Islam. Lihatlah saja alunan yang menyambut Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan kaum Muhajirin dalam peristiwa Hijrah.

Hairan ya, apakah orientasi dakwah nasyid kita? Atau, apakah ini impaknya bila dakwah dikomersialkan.

Kita sudah jarang didengarkan rentak-rentak semangat, yang disulami dengan kata-kata yang cukup mengesankan hati kita untuk bangun berjuang membela agama Allah. Ada sahabat berkata, nasyid sekarang sudah hilang ruhnya... bila didengar, tidak terasa apa-apa. Tiada rasa untuk berdakwah, yang ada, hanyalah kata-kata dan irama yang menghiburkan semata-mata. Nasyid menjadi bahan komersial yang bermatlamatkan keuntungan, maka, konsepnya perlu diarahkan supaya menepati citarasa pengguna.

Apa komen anda?

Sebenarnya, ana tak beli pun kaset-kaset nasyid Indie ni tapi ada sahabat yang bermurah hati meminjamkannya sampai ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan hehe... tarikh tu memang la tak tetap sebab ana pun tak tahu bila nak bagi balik kat tuan dia. Rasa macam taknak bagi je, tapi itu kan harta orang ... mahu tak mahu, suatu masa nanti nak kena pulangkan juga. Nak beli dari dia, dia taknak jual, tapi naaakkkk juga beli tapi dia tak naaakkk jugak jual. Apapun, syukran... rasa terhutang budi sangat-sangat.

Oklah, buat usrah anak-anak_ikan, selamat ber'reunion'. Ana mohon maaf kerana tidak dapat nak menghadirkan diri... mungkin belum ada rezeki. Maaf juga buat Lala kerana tak dapat datang kenduri (bekwoh bahasa orang Kelantan). Anyway, thanks for the invitation. Rindu rasanya nak bertemu sahabat-sahabat seperjuangan, barangkali inilah yang dikatakan hebatnya ukhuwwah fillah, ukhuwwah yang terbina atas dasar mencari keredhaan Allah. Dah rasa macam keluarga.

Permisi dulu. Maaf salah dan silap. Wassalam.

No comments:

Post a Comment