Monday, May 30, 2005

INDAHNYA SEBUAH PERBEZAAN (2)

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Barangsiapa yang pergi atau pulang dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya kediaman di dalam syurga sebagai ganjaran dari perjalanannya ulang alik itu." (Sahih Muslim)

B

etapa besarnya ganjaran Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa mengunjungi rumahNya demi melaksanakan tuntutan sebagai seorang hamba. Allah mengganjarkan kediaman di syurga, sebagai ganjaran buat mereka atas kesanggupan mereka untuk mengimarahkan rumah-rumahNya. Mereka pergi dan pulang tanpa sebarang habuan dunia, kerana rumah Allah bukanlah tempat untuk mencari harta dan segala bentuk kemewahan, namun mereka tetap yakin dan tabah melangkah kerana meyakini keredhaan Allah bersama-sama mereka. Bukankah manusia yang kaya itu manusia yang hidupnya diredhai Allah? Subhanallah, beruntunglah orang-orang yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid, di dunia, mereka diberi rahmat, di akhirat mereka dimuliakan dan diberikan penghormatan dari Allah.

Ada seorang sahabat nakal tegur baru-baru ni, rindu nak dengar celoteh ana. Heheh... ada juga orang yang rindukan tulisan ana yang ntah apa-apa ni. Ana dapat sms ketika berada di kaki sebuah bukit di Lembah Bujang, bawa anak-anak murid mengenal tumbuh-tumbuhan herba (padahal ana pun bukannya kenal sangat!). Seperkara yang paling best bawak peserta kursus ni masuk hutan ialah, ana ada alasan untuk masuk hutan dan mandi air terjun atas nama lawatan herba. Bijak atau tidak tindakan ini? Sudah pasti mereka yang jeles akan jawab tidak bagi soalan tersebut, betul tak JEPun?

Ana takla macam sorang tu, hobinya main bola. Siap cerita lagi dalam blog dia macam mana dia kalahkan fasi dia time main bola kat SMART CAMP, padahal, cuba bayangkan,
logikkah seorang fasi kalah dengan peserta? Mana ada fasi yang sanggup tengok peserta menangis kerana kalah bola, lainlah kalau fasi tu perangai macam budak-budak, dengan budak-budak pun nak menang. Jadi kesimpulannya.....

Dulu memang ana kaki bola, tiap-tiap petang main bola. Main bola ni kiranya macam makan nasik, rimas kalau sehari tu tak sepak benda bulat tu. Tapi semenjak diperkenalkan dengan hutan ni, kiranya dah beralih cinta. Bukan setakat masuk hutan, tengok gambar hutan pun dah rasa bahagia... tak teringat nak makan nasik.

Bila dah berkerjaya, masa dah kurang, jadi ana kena jadi manusia yang bijak! Hobi tidak boleh diketepikan walau sesibuk mana sekalipun. Penyelesaiannya... ekspliotasikan segala ruang yang ada! Bijak kan? Cuba bayangkan, masa kerja ana 7 hari seminggu time kursus sebulan ni, logik akalnya, mustahil untuk ana pergi beriadah dan berehlah ke mana-mana... tapi rupanya taaaaaaakkkkkkkkk! Dalam masa sebulan ni, ana dapat ke Wang Kelian, Tasik Melati, Gua Kelam, air terjun Tupah, hutan Lembah Bujang, Pantai Merdeka! Dah jadi macam pakej pelancongan pulak kursus ni hehe...

Tapi kerja tetap kerja, kerana itu amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Alhamdulillah, majlis wida' pun dah selesai. Rasa gembira bercampur hiba... gembira kerana tak banyak masalah sepanjang kursus ni, gembira kerana dapat tengok wajah-wajah ceria para peserta, gembira kerana berpeluang mengenali rakan-rakan baru... tapi hiba kerana terpaksa berpisah, apatah lagi dengan sahabat-sahabat dari Indonesia, entah bila pulak dapat berjumpa. Hiba kerana pertemuan ini terlalu singkat, hiba kerana tidak mampu memberikan yang terbaik kepada mereka.

Itulah ketentuan Allah, setiap yang bermula, pasti ada penghujungnya.

Oklah, permisi dulu ya. Sampai ketemu lagi.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment