Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Kemudian apabila kamu membulatkan tekad (berazam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya." (Surah Al-Imran: 109)
T
anda seseorang itu beriman kepada Allah ialah dia berusaha ke arah sesuatu demi mengharapkan keredhaan Allah, kemudian menyerahkan segala usahanya itu kepada Allah (untuk memberikannya keputusan) sebagai tanda dia bertawakkal kepada Tuhannya. Insan yang beriman, dirinya tidak pernah berputus asa daripada mengharapkan rahmat Allah, sabar dalam menanggung dugaan dari Tuhannya dan redha dalam menerima ketentuan Allah. Mereka redha kepada Allah dan Allah redha akan mereka.
Lama sudah tidak menulis. Syukur kepada Allah kerana memberikan ana kelapangan untuk menulis pada malam ni. Seperti yang ana nyatakan dahulu, kursus selama sebulan ni cukup menyibukkan. Kerja banyak, tapi tangan cuma ada dua, otak ada satu. Mau tak mau, kenalah belajar jadi manusia yang multitasking... buat banyak benda dalam satu masa.
Minggu ni merupakan minggu terakhir kursus sebulan. Alhamdulillah, sudah ada perubahan yang positif di kalangan peserta. Sudah ramai yang mengenali (bahkan menghafal!) al- Mathurat, sudah ramai yang berjinak-jinak dengan kuliah agama dan usrah, dan di kalangan peserta siswi, sudah ada yang mula mengenakan tudung labuh dan berpakaian seperti yang dikehendaki oleh syariat.
Bila nawaitu diarahkan kepada mencari keredhaan Allah, maka Allah menunjukkan jalanNya dengan jelas untuk dilalui...
Sebab itu kita berdoa; "Ya Allah, jika jalan yang akan kutempuhi ini jalan yang benar, maka Engkau mudahkan langkahku, namun, andainya ianya menuju kepada kemaksiatan, maka aku memohon kepadaMu Ya Allah, kesukaran dan halangan buatku." Bila sesuatu usaha itu dilakukan kerana Allah, maka Dia pasti memudahkan jalannya, membuka pintu hati dengan cahaya petunjukNya, memberikan ketenangan (sakinah) dan menambahkan keyakinan di dalam diri. Sebaliknya, apabila sesuatu itu dilakukan demi memenuhi tuntutan nafsu, pasti tiada ketenangan, bahkan hidup sentiasa jauh daripada rahmat (kasih-sayang) Allah. Keraguan menjadi barah yang merosakkan jiwa, Allah menutup pintu hati, menghijab petunjuk, lantas diri melangkah dalam kesesatan.
Minggu ni minggu terakhir kursus sebulan. Lepas ni lapanglah sekejap (rasa-rasanya la... tapi selalunya tak jadi macam tu). Ada la masa sebulan untuk main puas-puas. Ada la masa nak atur jadual nak masuk hutan, main air terjun.
Tak lama lagi berlangsunglah muktamar. Nak pergi, tapi duit pulak tak berapa nak ada... tapi nak pergi... tapi duit tak berapa nak ada... tapi naaaaakkkkk pergi! Bilalah nak buat muktamar kat sini, kan senang, pergi jalan kaki je. Ni taaakkkk... jauh sangat. Kalau dapat pergi, bolehlah mengikuti muktamar kali ini secara live (setelah hampir seumur hidup mengikuti muktamar melalui media massa dan media elektronik yang karut-marut) dan paling bestnya, dapat ikut gathering anak-anak_ikan. Bukan senang nak jumpa teman-teman sepermainan ni hehe...(gelak orang jahat).
Oklah, rasa ngantuk dah. Insyaallah, kalau ada rezeki, nanti kita bersua lagi. Indahnya sebuah perbezaan...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment