Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Kejahatan itu semuanya di dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah cintakan dunia, dan kebaikan itu juga dikumpulkan di dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah zuhud pada dunia."
S
yukran buat sahabat yang memberikan kata-kata hikmah ni. Benarlah, cinta dunia menyebabkan manusia melakukan kerosakan dan maksiat di atas muka bumi Allah ini. Kerana cintakan dunialah, manusia mengabaikan urusan dengan Tuhannya. Cinta dunia kias benih yang mencambah tunas-tunas kejahatan, tunas-tunas ini kemudiannya membesar menjadi pohon yang menutupi bumi, akarnya menjalar di mana-mana, dan akhirnya dunia berhiaskan kerosakan dan kemusnahan. Cinta dunia menutup qalb makhluk dari melihat wajah Khaliq!
Inilah seorang lagi sahabat baru ana kat sini. Dan seperti biasa, sahabat ana yang sorang ni pun tergolong dalam spesis nakal... Ya Allah, tak tau la nak cerita macam mana. Tapi dalam nakal-nakal pun, Masya Allah, ana cukup kagum dengan akhlak dia. Seorang yang apabila Allah kurniakan kepadanya hidayah, maka Allah kurniakan kepadanya peribadi (akhlak) yang cukup indah, buat menghiasi wajahnya. Kerjanya tak sudah-sudah menolong dan menggembirakan orang lain, walaupun Allah takdirkan hidupnya susah. Memberi dalam tiada.
Maka, hidupku terus dikelilingi oleh insan-insan nakal... tapi soleh/ah. Habis, macam mana la nak buang perangai nakal ni, dah memang hidup dengan budak-budak nakal (hehe... alasan!)
Well, pagi tadi meeting dengan Pak Agus dan Pak Dadi, wakil dari Indonesia. Dekat-dekat sejam lebih juga kami berbincang, akhirnya draf kertas kerja untuk program di Indonesia siap. Habis apa maknanya? Maknanya dua minggu lagi ana akan ke Indonesia
la...Insyaallah (termakbul la doa Iena, nak ana pergi Indon). Tapi cadangnya tak nak pergi lama-lama, buat apa nak duduk lama-lama kat tempat orang. Mungkin duduk di sana dalam seminggu, tiga hari di Bandung, dua hari di Jakarta (jangan tanya kat mana Bandung dengan Jakarta tu... ana tak jumpa lagi peta Indonesia, main agak-agak je). Kalau Allah permudahkan segala urusan, Insyaallah, pertengahan bulan depan, sekali lagi ana kena terbang ke Bandung, untuk handle program 3 hari.
Elokla... dah lama sangat tak masuk hutan. Kebetulan pulak program di sana nanti memang buat kat dalam hutan. Kira rezeki la.
14 sampai 15 ni pulak ada program di Langkawi, tempat tak tahu lagi. Maknanya ada sehari untuk berehat, sebab 17 dah nak bertolak ke Indonesia.
Oklah, esok nak kena keluar awal dari rumah, nak kena ke Sungai Petani, handle exam. Sepatutnya exam mula jam 10.00 pagi, tapi macam mustahil pun nak terbang ke sana dalam masa 2 jam.
Bukannya tak mampu nak buat, tapi ada halangan berupa papan tanda besi berwarna kuning, hitam, merah, yang tertulis 'HAD LAJU KEBANGSAAN'. Dah tu ada lagi satu halangan... makhluk berwarna putih hitam yang mendiami kawasan semak kat tepi highway yang kerjanya memegang bendalah berupa kotak dengan lensa kat depannya. Spesis ni cukup bahaya kepada para pengguna lebuh raya, kerana walaupun dia tak pernah melintas jalan seperti gajah atau haiwan-haiwan liar yang lain, dan belum ada rekod yang menunjukkan spesis ini menyerang pengguna lebuh raya, tetapi spesis ni kerap kali menyebabkan kelajuan kenderaan di lebuh raya berkurang secara tiba-tiba, selain memberi kesan besar dari aspek sosio-ekonomi para pengguna lebuh raya.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment