Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah." (Ali Imran: 159)
A
llah mengingatkan kita melalui ayat di atas, akan kepentingan bermusyawarah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Melalui musyawarah, keputusan dibuat hasil perbincangan ahli majlis syura, yang diketuai oleh seorang rais atau amir. Wajib bagi setiap ahli syura menerima (redha) keputusan syura (selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat) walaupun keputusan tersebut bertentangan dengan pendapatnya, (kerana si situ ada rahmat Allah) bahkan seseorang Muslim yang menolak keputusan syura dikira melakukan maksiat kepada Allah. Sekiranya perkara yang diputuskan oleh syura itu benar, maka mereka yang bermusyawarah akan mendapat dua kebaikan: satunya kerana telah melaksanakan musyawarah, dan kebaikan kedua lahir daripada keputusan yang tepat. Namun sekiranya keputusan yang dibuat itu kurang baik (yakni ada keputusan lain yang lebih baik, yang sepatutnya dipilih), maka mereka telah memperolehi satu kebaikan - kerana mengadakan musyawarah.
Meskipun baginda seorang Nabi dan Rasulullah, Muhammad S.A.W. masih meminta pandangan daripada para sahabat, bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Lihatlah sahaja pada kisah musyawarah yang berlaku dalam peristiwa Perang Khandak dan Perang Badar, dan hukum fiqh yang diambil daripada peristiwa ini ialah keharusan untuk mengadakan musyawarah pada perkara-perkara yang belum ada nas yang qat'i kepada setiap Muslim. Wallahua'lam.
Insyaallah, petang nanti ana akan ke Yan, Kedah untuk program ziarah ke rumah salah seorang sahabat. Sedih bila mendapat tahu kisahnya, menjadi pengajaran dan pengiktibaran kepada diri sendiri bahawa "apalah sangat ujian yang Allah timpakan ke atas aku ni jika nak dibandingkan dengan orang lain...rendah sangat!". Benda susah yang dok rasa selama ni rupa-rupanya terlalu sangat dan amat kecil (kalau dalam exam, for sure kena potong markah dah ni) berbanding penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain... itupun dah rasa dekat separuh mati nak tempuh hehe, maknanya kalau kena uji macam orang lain rasanya dah lama mati kot.
Semalam kami berusrah menyentuh berkenaan Rukun Bai'ah dan Usul Isyrin. Alhamdulillah, dapat la nak refresh balik ilmu-ilmu yang pernah diperoleh ketika zaman muda-muda dulu. Ada orang tanya, sebab apa Rukun Bai'ah ada sepuluh, bukan lapan, dua belas atau tiga puluh? Ntah... tapi yang pastinya, yang dok ada sepuluh tu pun ana tak terhafal. Jadi kesimpulannya, takyah la nak memandai tambah hak sepuluh tu yang dah ada tu.
Oklah, jam dah pukul 7.32 pagi, nak masuk ofis. Nak catat rekod sebagai manusia pertama yang tengok pintu pejabat hari ni (selain daripada pak guard)hehe... punyala tak ikhlas bunyinya kan?
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment