Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Barangsiapa yang menjamin kepadaku akan menjaga apa yang ada di antara kedua rahangnya (mulut) dan apa yang ada di antara kedua kaki pehanya(kemaluannya) nescaya aku menjamin syurga untuknya."
M
aaf banyak-banyak buat semua kerana sudah agak lama tidak dapat mengemaskini blog. Banyak yang ingin diceritakan, namun masa membataskan segala-galanya. Ketika sibuklah, baru kita tersedar bahawa masa kurniaan Allah yang cukup berharga, yang wajib dijaga. Masakan tidak, masa yang berlalu takkan kembali lagi...
kekal sebagai sesuatu yang telah berlalu.
Ana baru sahaja kehilangan seorang sahabat semalam. Seorang sahabat yang Allah perkenalkan dengan ana tiga hari lepas. Namun kehilangan bukan bermakna pergi menghadap Ilahi, tetapi pergi untuk meneruskan jual-belinya denganNya. Masya Allah, ana cukup mengaguminya. Mendampinginya, terasa nikmat ukhuwwah dan kasih-sayang. Guraunya berhikmah, tutur katanya berilmu. Berat hati untuk melepaskan pergi, namun lebih berat lagi rasanya untuk menghalang. Alhamdulillah, sahabat tersebut merupakan insan pilihan Allah untuk membahagiakan manusia dengan ilmu-ilmu Allah.
Kadangkala kita perlu mengorbankan perkara yang kita sayangi... namun sedarlah, sekiranya kita sabar dan redha, Allah akan membalasnya dengan syurga yang nikmatnya tidak tertulis dengan kata-kata.
Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari, ana ketemu buku La Tahzan. Sebuah buku yang perlu dibaca oleh setiap di kalangan kita yang berada di landasan perjuangan. Buku ini mengingatkan kita bahawa kesedihan dan kedukaan itu pasti akan hadir, namun di sana ada hiburannya dan penawarnya. Susun katanya cukup indah, Allah telah menganugerahkan penulis buku ini dengan hikmah!Nak tahu lebih lanjut tentang isi buku ini, bacalah...
Hmm... apa yang nak diceritakan lagi ya?
Oh ya, sebelum terlupa, nak ucapkan tahniah buat Ayuni (fifth) dan Mat Nash (fifth), serta Siti Murni (T6-KOSASS) dan Junairi (KOSASS) yang akan melangsungkan perkahwinan. Moga berbahagia dan beroleh putera/ri soleh/ah nanti. Sorang lagi sahabat dalam T6 gugur, bertukar status... lepas ni tunggu giliran Paiji la pulak heheheh.
Hari ni nak berangkat ke Alor Setar, ada urusan yang perlu dibuat. Rasanya, dalam seminggu ni asyik berjalan je... tapi seronok bekerja di sini. Dalam sibuk-sibuk pun, masih sempat ikut usrah, kuliah... kiranya usrah hari Selasa malam lepas merupakan usrah pertama bagi ana dalam tempoh hampir setengah tahun! Ya Allah... rindunya.
Oklah, permisi dulu. Sampai bertemu lagi.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Mujaddid: Kenapa di Awal Kurun Sahaja?

No comments:
Post a Comment