Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ayat 21)
S
eindah mana pun kata-kata seseorang hamba, dia masih tetap hamba, yakni makhluk yang punya kekurangan. Kerana keindahan kata-katalah, Allah menurunkan huruf-huruf langit yang lebih indah, bagi menjelaskan kepada manusia, penyair-penyair itu bukanlah Tuhan, apatah lagi Rasul yang membawa khabar gembira, maka abaikanlah kata-kata indah mereka (yang menyesatkan), kerana ada kata-kata lain (ayat-ayat Allah) yang lebih indah buat menjadi hiburan manusia. Dengannya (ayat-ayat Allah) manusia tidak sesat, bahkan sentiasa berjalan di bawah rahmat dan panduan Ilahi.
Dan mereka itu (penyair-penyair sesat) dijelaskan Allah dalam Surah Asy-Syuaraa .
Seindah mana pun kata-kata manusia, lebih indah andainya ia (kata-kata itu) menyeru manusia untuk berkata-kata (bermunajat) dengan Allah. Indah, andainya ianya mampu untuk menyentuh nurani insani, menyedarkan mereka dari lena dan alpa yang panjang, bahawa ada kata-kata lain (al-Quran) yang perlu dibaca. Indah, andainya ianya mampu mengilhamkan insani, untuk menyusun bait-bait rindu (zikir) untuk dipersembahkan kepada Khaliq!
Namun apa gunanya kata-kata indah, andai hadirnya sekadar di mulut dan tinta. Keindahan itu ternyata tidak pernah hadir dalam hati. Mereka sekadar terpesona dengan kata-kata sendiri...
Al-Quran itu lebih indah, buat menghiburkan hatimu... wahai manusia. Namun, amat sedikit yang mahu berfikir.
-----
Buat kak Yumni, jazakillah atas testimonial tu. Sedikit sebanyak ianya menjadi bingkisan doa yang cukup bermakna (moga ianya mengalir sebagai pahala di sisi Allah). Benar kata akak, hanya pelukis yang mampu menafsir lukisan pelukis yang lain... :)
Maaf ye, jarang sekali dapat kemaskini blog. Sekarang dah sibuk dengan kerja-kerja underground dan undercover (hehe... bila baca ayat tu, orang boleh tafsir macam-macam kan Iena kan?). Orang boleh cakap jadi cikgu bio, jadi pengganas, jadi pembantu makmal... atau jadi pekerja lombong bawah tanah... underground la katakan. Anti kena rahsia apa yang ana dah bagitau, kalo tak, anti dengan naga-naga anti ana tolak jatuh dari bangunan Telekom Bangsar tu :P (takpe, lepas tu raya tahun depan kita mintak maaf balik).
Time is too short... till we meet again.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
puisi
Rinduku II

No comments:
Post a Comment