Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai)
T
ak banyak masa. Itu perkataan pertama yang mampu diucapkan. Pagi tadi keluar rumah jam 0800, ada appointment, lebih kurang jam 0930, dapat tahu malam ni kena balik KL. Terus terbang ke stesen bas (saja je guna perkataan terbang tu...supaya nampak gerun sikit hehe...) beli tiket, rupanya tiket jam 1145. Arrr... bermakna cuma ada 45 minit saja lagi sebelum bertolak ke sana.
Bila balik?
Entahlah, kalau ada tiket, malam esok kot bertolak pulang ke sini semula. Tapi kalau tak ada, maknanya paling awal boleh balik pun hari Rabu.
Mesti ada yang tertanya... ni mesti ada apa-apa ni, tetiba je nak balik KL. Hehe... jawapannya memang la ada apa-apa, kalau tak, buat apa nak terbang dari Perlis ke KL, pastu balik sini, bukannya dekat.
Cuma cPoL ada satu soalan, camna cara mudah nak belajar Biologi? Hehe...bukannya apa, daripada darjah 1 Biru dulu, sampailah ke tingkatan 5 Cemerlang, sampailah ke universiti, inilah subjek yang cPoL paling tak minat, dalam ertikata lain tak pernah ada keinginan untuk ambil. Time tingkatan 4 dulu pun, masuk kelas Sains, tapi drop Bio, amik Prinsip Akaun dengan Seni. Tapi berdasarkan kepada maslahat semasa, nampaknya cPoL terpaksa ada hobi baru... membaca buku Bio!
Oklah, sampai berjumpa lagi.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment