Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"...Dan pada hari ini Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan Aku percukupkan untukmu nikmatKu, dan Aku hanya redha, Islam sebagai agamamu..." (Al-Maidah:3)
W
ell... rupanya ramai juga bloggers yang minat akan sastera-sastera ni, bahkan, ramai juga yang sudahpun bergelar penulis! Masing-masing memanfaatkan blog sebagai medium untuk menyiarkan hasil pena. Ada yang menjadikannya sebagai hobi masa lapang, tak kurang pula yang serius dalam penulisan.
Bagi cPoL. apa yang penting, dalam apa jua yang kita lakukan, jangan lupa menyeru manusia agar mendekati Allah (Khaliq) kerana kita hanyalah makhluk. Berdakwahlah dengan kata-kata indah, kerana manusia itu fitrahnya sukakan keindahan. Bukankah blog juga boleh dimanfaatkan sebagai wasilah dakwah (cuma kita je nak atau tak)? Anda punya kelebihan, maka manfaatkannya ke arah Islam. Do it for sake of Allah.
Bukankah Allah telah mengingatkan kita;
"Kamu adalah umat yang terbaik dicipta untuk manusia, kamu menyeru kepada yang maaruf, dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah."
Hmm... nampaknya keputusan SPM baru je diumumkan, lepas ni produk-produk SPM inilah yang akan memenuhi segenap ceruk IPTA dan IPTS, dan mereka jugalah yang akan keluar sebagai siswazah suatu masa nanti... persoalannya, apakah pasaran buruh mampu menyediakan tempat untuk mereka ini? Apakah keadaan ekonomi cukup stabil bagi menawarkan pakej-pakej menarik buat pelabur untuk masuk ke dalam megara dan membuka peluang-peluang pekerjaan yang baru? Atau, apakah mereka juga akan turut menjadi penyumbang ke arah peningkatan graf pengangguran?
Inilah risiko besar apabila pendidikan di'industri'kan. Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu kita terima.
-----
Buat Amad Sheriff, syukran kerana membantu. Ana tak berniat nak menyusahkan enta, moga segala yang dilakukan tu mengalir sebagai ibadah di sisi Allah. Buat bloggers yang membantu projek TazkirahBerantai, jazakumullah, moga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi penyumbang ke arah mengajak manusia kepada Islam. Bukankah kita sebenarnya sedang berjual beli dengan Allah (jika kita ikhlas), maka apa perlunya ganjaran dunia? Buat kak Yumni hehe... ana menulis puisi apabila teringat nak menulis je. Anyway, jazakillah kerana berkunjung ke ruangan puisi tu. Tak de lah apa-apa sangat pun dalam tu.
Nothing left to say. Insyaallah, kalau ada peluang, kita bersua lagi.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Umar Bentuk Majlis Syura Pertama

No comments:
Post a Comment