Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu" (H.R. Muslim daripada Abu Hurairah)
A
lhamdulillah, baru sampai kampung jam 0645 pagi tadi. Bertolak malam semalam dari Hentian Jalan Duta pun dah pukul 2400. Seribu satu perasaan bercampur bila kaki melangkah naik ke dalam bas. Tak pasti apakah kepulangan kali ini bermakna pulang terus atau pulang untuk sementara.
Alhamdulillah, hujung minggu lepas, kami berjaya mengadakan rehlah yang cukup menggembirakan. Meskupun sekadar program kecil-kecilan, namun ianya cukup bermakna. Biarpun perjalanan berkonvoi mengalami sedikit masalah ketika pergi dan pulang, ianya mengingatkan kami betapa Rasulullah S.A.W. diuji lebih hebat dalam perjalanan baginda dalam peristiwa Hijraturrasul. Setakat tayar bocor tu apa kes (pinjam istilah JEPun).
Kami bermalam dalam khemah tepi sungai, kami makan dalam talam, kami masak sendiri untuk makan (dan sememangnya masakan kami sedap, apatah lagi bila menyedari bahawa kami sebenarnya berada di dalam hutan yang jauh daripada restoran...so no choice). Itupun kami masih sempat makan aiskrim... muslimat yang belanja. Maklumlah, diorang ni alah dengan bunyi hon pakcik jual aiskrim. Nak tak nak, urusetia terpaksa berlapang dada dengan karenah mereka. Baik betul urusetia. Kami cukup seronok (entahlah, ini cuma pandangan dari kacamata urusetia je hehe...) menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Hari kedua, kami digemparkan dengan kejadian seekor babi hutan yang minta izin untuk lalu di sebelah tapak khemah, biru la kejap wajah-wajah kami... itu kiranya first time la tengok rupa dia, selama ni cuma dengar bunyi dan nampak tapak kaki je. Tapi yang paling penting, kami tak bawa balik parut ke rumah bila rehlah berakhir. Rekod la tu.
Tapi sebenarnya diorang awal-awal memang tak berapa confident bila tahu yang dua makhluk ni (cPoL dengan Izwan) jadi urusetia... sampai ada peserta yang cakap "Pada mulanya ana terpaksa kuatkan semangat untuk hadiri program ni bila tahu enta berdua jadi fasi.... Apa maknanya tu? Makna biasalah kan matdwe kan :)
Oklah, permisi dulu. Tahniah buat adik-adikku yang berjaya menyudahkan rehlah dengan cemerlang. Moga rahmat Allah bersama antum. Istiqamahlah dan ingatlah bahawa jalan menuju Allah cukup susah, namun kita perlu menempuhnya.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Khusyu' Dalam Solat

No comments:
Post a Comment