Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu satu. Allahlah tempat sekelian makhluk bergantung. Dia tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesiapapun yang setara atau seumpama denganNya." (Surah Al-Ikhlas:1-4)
K
alau diperhatikan balik, surah al-Ikhlas ni adalah antara surah yang cukup pendek yang terdapat dalam al-Quran. Ianya terdiri daripada cuma 4 ayat, namun di dalam ayat inilah Allah rangkumkan makna tauhid. Dalam ayat inilah Allah terangkan kepada kita makna iman dan hakikat keTuhanan supaya manusia benar-benar tahu hanyasanya Allah lah Tuhan Yang Esa, Tiada selain Dia untuk disembah.
Hari ini sekali lagi terpaksa jejakkan kaki ke ofis, untuk kemaskini dokumen projek TPM untuk diserahkan kepada supervisor yang akan gantikan tempat cPoL di TPM, selain untuk hantar claim projek, hantar laptop, hantar kunci dan hantar segala-gala benda yang nak kena hantar. Selepas selesai urusan hantar-menghantar ni, cadangnya nak kemaskan meja, nak bawak balik semua benda yang boleh dibawa balik (dan berharga untuk dibawa balik). Rasanya raga DAL tu masih cukup besar untuk memuatkan benda alah yang bersepah-sepah kat atas meja ni, kalau tak muat pun buat-buat muatlah.
Tengah hari nanti, ada meeting terakhir dengan subkontraktor landskap. Sebenarnya bukan meeting, tetapi nak bawak si Lan, wakil subcon tu, tengok-tengokkan pokok yang sesuai untuk ditanam kat TPM. Sebenarnya apa-apa pokok pun boleh ditanam di sana, memandangkan Bukit Jalil masih di dalam kawasan berikllim khatulistiwa, bukannya tundra. Tapi yelah... memandangkan tak ada siapa yang rajin nak jenguk-jenguk landskap kat sana, terpaksalah carikan pokok yang simple...less maintenance. Punyalah malas kan orang Malaysia ni.
Lepas tu nak menapak ke Setapak, kalau sempat, nak hidupkan roadtax DAL tu. Memandangkan malam semalam dah dapat mimpi ngeri kena saman, jadi tindakan yang paling rasional dan bijak ialah menghidupkan semula roadtax, sebelum mimpi tadi menjadi kenyataan. Jauh sangat setapak tu...nama je Setapak, padahal....
Memandangkan sekarang dah berstatus penanam anggur, jadi ada la masa untuk dihabiskan. Hujung minggu ni cadangnya nak masuk hutan... hobi lama yang dah lama ditinggalkan. Kalau dulu semasa zaman sekolah dulu, asal hujung minggu je, kat hutanlah. Kiranya tak tenteramlah kalau tak dapat dengar bunyi sungai, unggas, burung hantu. Setiap kali ada ekspedisi, 'setiap kali itulah' balik rumah bawak parut. Biasalah... lasaklah katakan hehe. Tapi kalau kat sekolah dulu, team rekreasi ni nakal tu nakal jugak, tapi taklah pulak abaikan solat 5 waktu, tak pula ada couple-couple... seperti kelab-kelab rekreasi yang pernah cPoL jumpa di kampus (sebab tulah rasa muak nak join). Seolah-olah mereka ni menjadikan sukan rekreasi sebagai wasilah untuk bermaksiat! Astaghfirullah... tak tahu ke diorang yang Allah ni Ada dan Melihat, walau kat hutan mana sekalipun kita berada? (atau sengaja buat-buat tak tahu...)
Oklah, dah tiba masanya untuk mengundur diri.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Al-Quran Kekasih Istimewa
puisi
Hikmah

No comments:
Post a Comment