Friday, February 25, 2005

USRAH

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mataair-mataair." (Al-Mursalat:41)

T

ak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan. Sebabnya, tiada aktiviti yang menarik sepanjang memegang status baru ni. Apapun, thanks for b/p cPoL, my assistant. Sekarang ni dia la yang banyak tolong sampaikan mesej, sebab susah bagi cPoL nak online selalu macam dulu.

Petang ni nak ke Serdang, ada usrah anak-anak_ikan. Usrah dengan adik-adik... dah lama tak berjumpa diorang semua. Seronok jugak bila sesekali ikut program adik-adik di kampus ni. Sekurang-kurangnya dapat merasai semula suasana kampus. Maklumlah, nak bergelar mahasiswa semula adalah perkara yang agak mustahil buat masa ini, walaupun perancangan ke arah itu ada, namun 'wang' untuk tujuan murni tersebut masih tak ada. Jadi nak tak nak, kena tangguhlah dulu.

Oklah, sahabat-sahabat boleh tinggalkan mesej di shoutbox/tagboard/chatterbox (or whatever you name it) buat sementara waktu ini. Belum punya duit dan belum ada keperluan yang mendesak untuk gunakan telefon bimbit buat masa ini.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment