Tuesday, February 22, 2005

MENGHITUNG HARI (AKHIR)

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Barangsiapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturrahim (sesama manusia)" (Riwayat Bukhari)

A

khirnya tibalah detik itu... dan terjawablah persoalan MENGHITUNG HARI (...). Jazakumullah buat semua pengunjung blog yang terus tidak jemu-jemu mengikuti entri bersiri ini...sampai ada pulak yang taknak kawan lagi dah sebab cPoL taknak cakap maksud MENGHITUNG HARI sebelum ini. Yang pastinya, hari ini bukanlah hari yang kutunggu-tunggu, tapi hari ini tetap datang menjengah.

Apa ertinya MENGHITUNG HARI (...)?

Ertinya, hari ini adalah hari terakhir cPoL berkhidmat di sini. Allah sudah berikan keizinan untuk merasai peluang bekerja sebagai seorang jurutera... walaupun seketika, namun cPoL cukup bersyukur. Ke mana selepas ini..... entahlah.

Rezeki Allah itu ada di mana-mana... namun manusia perlu berusaha untuk menggapainya. Berusaha dengan tawakkal dan taqwa. Berusaha dengan sabar dan redha. Bukankah rahmat Allah itu amat luas?



Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (ayat seribu dinar)

Yelah, siapa yang tak sedih, tapi itulah Allah, Dia mengatur hidup kita dengan tiada disangka-sangka... yang pastinya tersirat sejuta rahmat di sebalik segala ketentuanNya. Dia menguji hamba-hambaNya sebagai tanda kecintaan dan kasih-sayangNya. Maka berbaik sangkalah dengan Dia. Akal kita terlalu cetek untuk menjangkau lautan rahsia hidup, apatah lagi untuk menyelongkar makna takdir!

Oklah, segala-galanya sudah terjawab. Lepas ni nak cari tanah nak buka ladang anggur :P

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment