Monday, February 21, 2005

MENGHITUNG HARI (8)

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)?" (Al-Qiyamah: 36)

P

eliharalah 5 perkara, sebelum datangnya 5 perkara... periharalah masa sihatmu, sebelum datang kepadamu sakit, masa muda sebelum datangnya tua, masa senang sebelum engkau ditakdirkan susah, masa kaya sebelum miskin dan masa hidupmu sebelum engkau dijemput pergi. Peliharalah masa-masa ini dengan menzahirkan kesyukuran kepada Allah Yang Mengurniakan Nikmat dan Pahala kepada hamba-hambaNya. Kita hanya manusia, yang tidak tahu apa-apa tentang esok, sedang Allah S.W.T. amat luas pengetahuanNya. Kita cuma makhluk yang bergantung harap, sedang Dia al-Khaliq yang Memberi Rahmat.

Namun manusia sentiasa lalai daripada memikir akan hal-hal sedemikian.

Catatan 1
Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi, bermakna ada 45 minit lagi sebelum kena attend meeting untuk TPM dengan bos kat ofis. 45 minit adalah masa yang cukup lama... cukup untuk mengemaskini blog hehe... inilah kot yang dikatakan memanfaatkan masa yang ada (tafsiran diri sendiri). Malas ahh nak prepare apa-apa. Lagipun petang ni ada meeting lagi dengan Smart Digital, dekat Bandar Sunway la kot. Meeting ni kadangkala merupakan episod paling ngeri dalam hidup.


Catatan 2
Seronok bila mendapat tahu si Amad berjalan jauh lepas dapat cuti 13 hari. Rupanya dia sedang siapkan projek terbaru komuniti DHUAT. Siap ada penggambaran lagi tu... Itu hari cakap dia kat Terengganu, lepas tu rupa-rupanya dah terbang ke Phuket. Tup..tup 2-3 hari lepas tu dekat Pulau Pinang pulak. Uii... dia ni boleh terbang agaknya.

Tapi sayangnya cPoL tak dapat pergi. Teringin jugak nak kenal warga DHUAT yang lain... lagi teringin nak berkongsi skill dengan warga-warga kreatif ni.

Catatan 3
Dapat khabar gembira... si PAis yang nakal dan Sumi yang solehah (zaujah dia) baru je dianugerahkan cahaya mata. Alhamdulillah, murahnya rezeki sahabat-sahabatku. Moga anak perempuan tu nanti tak senakal dan sehuru-hara ayah dia hehe.

Lepas ni tunggu majlis walimah JEPun la pulak. Daripada analisis terhadap entri terkini blog dia, nampak macam tu la hehe...

Catatan 4
Sedihnya tak dapat jumpa adik-adik di rehlah Tanqiyah hari Ahad lepas. Tarikh asal hari Sabtu terpaksa dianjak...biasalah, masing-masing sibuk dengan jadual akademik. Padahal dan 3 minggu dok bermimpi nak ikut sama, tapi inilah yang dikatakan Kekuasaan Allah... kita ni hanya makhluk yang diberi peluang untuk merancang, tapi akhirnya Dialah yang menentukan.


Catatan 5
Tolong... kalau ada sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk bantu blog Tazkirahberantai. Tolong dalam ertikata jadi contributor bersama... kemaskini blog dan usahakan untuk penuhi permintaan pengunjung. Baru-baru ni ada pengunjung ingin tahu tentang konsep syahadah, tapi cPoL tak sempat nak tunaikan. Tapi amalulillah la... kerana kerja-kerja dakwah ni, ganjarannya berupa saham akhirat yang tidak ternilai (bukannya tidak seberapa!)

Catatan 6
Satu persoalan yang selalu ditanya oleh sahabat-sahabat...bilakan berakhirnya episod MENGHITUNG HARI (...) ni? Insyaallah, HARI itu sememangnya dah semakin hampir.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment