Friday, February 18, 2005

MENGHITUNG HARI (7)

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?" (Yaasin: 68)

M

asa tidak punya masa untuk membuang masa dengan kita... sebab itulah masa terlalu berharga, perginya pasti, takkan kembali. Masa bukan permata yang masih boleh dibeli, dimiliki, tetapi masa adalah pemberianNya yang hanya datang sekali!

Alhamdulillah, berjaya juga dapatkan profil (kontur) bagi site TPM semalam. Pagi semalam, ada site meeting, bincang tentang masalah macam mana nak keluarkan air daripada site bila hujan lebat. Yang klien ni, nak suruh buat longkang di sepanjang tembok pagar untuk selesaikan masalah. Naaakkk jugak longkang, taknak cara lain (minat betul la diorang ni dengan longkang... hairan betul). Masalahnya, kalau nak bina longkang, mesti dari aras tinggi ke rendah, sebab air bukan mengalir ke atas (lainlah kalau ada pam), tapi ke bawah! Sedangkan kawasan yang selalu banjir tu rendah daripada longkang sedia ada.

Jadi nak tak nak, kenalah dapatkan profil site, sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Sebenarnya waktu kat kampus dulu pernah belajar bendalah ni dalam subjek KAW 3501 dan KAW 3502 (Kejuruteraan Geomatik) tapi dah lupa macam mana nak buat. Ye la kan, kita ni belajar bukan untuk faham, tapi untuk lulus... (sebab itulah kat universiti banyak betul 'toyol', khasnya di belakang kalkulator saintifik hehe...) betul tak kawan-kawan? Jadi nak kena buat sedikit rujukan sebelum proceed dengan kerja-kerja basic surveying ni. Tanpa total station, teodolite, kerja-kerja untuk dapatkan ketinggian setiap titik terpaksa dibuat secara manual... tapi tak kisahlah, asalkan dapat hasilnya.

Data yang diplotkan kat dalam buku log, kemudiannya dipindahkan ke dalam Microsoft Excel, dan disusun dalam bentuk data x,y,z (z bagi ketinggian). Lepas tu, berbantukan Surfer 7, salah sebuah perisian geomatik, data x,y,z tadi akan dianalisis, diplotkan ke dalam grid-grid tertentu. Daripada data grid itulah, Surfer 7 akhirnya menghasilkan peta kontur yang cukup indah, yang membolehkan engineer tu balik ke rumah sebelum jam 12 tengah malam hehe...

Habis cerita indah semalam...

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment