Wednesday, July 27, 2005

MARHALAH KEDUA

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab: 72)


B

erubah 360 darjah! Itu kata-kata awal untuk menggambarkan kehidupan di marhalah kedua. Mahu atau tidak, sesiapapun (termasuk ana hehe...) yang sudah melangkah ke marhalah ini perlu menerima segala bentuk perubahan yang berlaku. Berubah memerlukan kepada pengorbanan dan mujahadah, keikhlasan dan thiqah, iltizam dan istiqamah!



Perubahan yang paling ketara (dan paling menyeksakan) ialah, semenjak kahwin ni, dah tak boleh naik motor lebih daripada 80 km/j, sebab dah ada insan kat belakang. Tapi yang paling membahagiakan ialah... takyah masak sendiri lagi.

Perkahwinan yang didasarkan kepada matlamat mencari keredhaan Allah, akan memberikan kita ketenangan (sakinah), kemurahan rezeki, keampunan dan kasih-sayang (rahmat) Allah. Ia juga menambah keimanan selain menutup pintu-pintu maksiat di sekeliling kita. Ia merupakan anugerah dan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. Namun, hakikatnya, perkahwinan seperti ini cukup sukar untuk dicapai, kerana terlalu
banyak ranjau yang ada di hadapannya. Bukankah keikhlasan itu terlalu payah untuk diperolehi? Berbahagialah mereka yang telah melepasinya, namun berwaspadalah buat mereka yang sedang menempuhnya.

Tapi sebenarnya seronok juga hidup di dunia serba baru ni...

Buat matDwe, Iena dan PAis, syukran kerana tolong publishkan tentang walimah ana. Tapi artikel si PAis benar-benar membuatkan ana rasa terharu (dan rasa macam nak tokak je si PAis ni) memandangkan nota kakinya terselit kata-kata yang cukup menyentuh hati. Hehe... macam nak isytihar perang pun PAis?

Oh ya, tentang gambar majlis akad nikah hari tu, minta maaf bebanyak, ana tak dapat nak publishkan sebabnya semuanya rosak. Ni semua gara-gara guna kamera digital la. Tak taula apa masalahnya, tapi yang pastinya, tak ada satu pun gambar yang boleh digunakan. Rasa macam naaaakkkk je belakon balik, pakai suit pengantin, pastu panggil tok imam, sedara mara, pastu buat majlis olok-olok, supaya boleh ambil semula gambar. Tapi takpa, majlis kenduri masih ada, maknanya masih ada satu lagi peluang untuk bergambar.

Apa lagi yang nak ditulis...

Ada kata-kata yang boleh kita kongsi bersama, untuk dijadikan peringatan bagi yang dah berkahwin, dan dijadikan panduan bagi yang rasa nak kahwin :) Permisi dulu...

"Meletakkan harapan yang tinggi bermakna membunuh perhubungan tetapi meletakkan kepercayaan yang tinggi bermakna membina persefahaman, membuka ruang pembaikan antara pasangan...".

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment