Wednesday, August 3, 2005

BULAN MADU...?

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Siapa yang tidak mensyukuri nikmat, bererti menginginkan hilangnya. Dan siapa yang mensyukurinya, bererti telah secara kuat mengikatnya." (Al-Hikam)

A

na sebenarnya baru pulang dari kursus anjuran Bank Pembangunan dan Infrastruktur, di Pulau Pangkor. Tapi yang bestnya ialah dapat pergi dengan zaujah hehe...dapat sebilik lagi tu. Bolehlah berkursus sambil berbulan madu. Syukur kerana kursus yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam tu langsung tidak membosankan (orang cakap, kursus yang paling bosan kat dalam dunia ialah kursus Biro Tatanegara, betul ke tak Wallahua'lam sebab ana tak pernah pergi). Kursus ni lebih kepada game dan modul-modul interaktif, terima kasih kepada PMAC, konsultan yang mengendalikan sepenuhnya modul-modul kursus.

Semalam ada kuliah umum, Alhamdulillah, tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan dengan tanggungjawab mentadbirkan bumi mengikut syariat Islam. Banyak benda yang disentuh, baik dari aspek falsafah mahupun dari sudut hukum. Cuma ana tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh, antaranya ialah, meskipun urusan melibatkan diri dengan pentadbiran dunia ni adalah fardhu kifayah, namun adalah menjadi tuntutan ke atas kita semua untuk memikirkan dan bekerja ke arahnya, kerana hakikatnya, sehingga kini, bumi Allah masih belum mampu untuk ditadbir menurut peraturan Allah. Justeru, kita tidak boleh merasa selamat untuk menyisihkan diri!

Seperkara lagi dibangkitkan ialah, kegagalan bumi ini ditadbir menurut kehendak syariat menjadi punca mengapa berlakunya kesesatan dan penyelewengan aqidah secara berleluasa mutakhir ini. Selagi mana sesebuah negara itu belum melafazkan syahadahnya, maka maksiat akan terus hidup subur. Justeru, perlu ada mekanisme pengawalan yang mampu memastikan maksiat dan segala bentuk kesesatan ini dapat dikawal dan dibersihkan, dan mekanisme itu hanyalah syariat ISLAM!

Pernah tak kita terfikir, "mengapa di dalam al-Quran, Allah tidak menceritakan tentang kehebatan amalan-amalan para nabi, tentang qiyamullail mereka, tentang puasa-puasa sunat mereka, tentang khusyuk mereka dalam zikrullah, sebaliknya Dia merakamkan kisah penentangan yang diterima mereka daripada makhluk-makhluk yang bernama Firaun, Namrud dan Abu Jahal?" Ana tinggalkan persoalan ini untuk sahabat-sahabat semua... fikirkanlah.

Oklah, nak sambung tugas. Nak siapkan bahan-bahan promosi untuk program praktikal para pelajar sijil sebulan ni, lepas tu nak arrange kerja-kerja untuk program bagi remaja, Herbalis Muda. Dua projek ni, boss bagi kat ana dengan zaujah untuk dilaksanakan. Maknanya segala benda berkaitan kewangan, sumber manusia, logistik, modul dan lain-lain perlu difikirkan oleh dua-dua makhluk yang masing-masing cuma dibekalkan dengan satu kepala saja. Tapi inilah sebenarnya yang dikatakan cabaran... dan hidup tanpa cabaran bermakna sebuah pelayaran tanpa gelora yang pastinya cukup membosankan... hehe, entah betul entah tidak apa yang ana katakan ni.


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment