Friday, October 14, 2005

TEMPLATE BARU DAH SIAP...





Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

""Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu tidak bertambah ilmu pengetahuanku untuk mendekatkan diriku kepada Allah Azza wajalla. Maka tiada akan diberkati bagiku, sejak terbitnya rnatahari pada hari itu." (al-Hadis)

A

lhamdulillah, akhirnya projek blog ana telah sampai ke kemuncaknya. Tercapailah hasrat ana untuk melihat wajah blog yang ana idam-idamkan. Setelah melakukan beberapa pengkajian dan penyelidikan (heheh..ayat) serta aktiviti try and error, disusuli dengan kerja-kerja merekabentuk konsep (sebab tu la selalu sangat berubah wajah), akhirnya ana persembahkan hasilnya buat anda semua (khasnya buat sahabatku yang diingati matDwe)


Malas nak ulas panjang lebar tentang istilah 'USER FRIENDLY', sebab benda ni subjektif.


Berbantukan program notepad (untuk menulis dan mengedit skrip), corelDraw V11 (rekabentuk grafik) dan Macromedia Dreamweaver MX (bagi kerja-kerja rekabentuk blog), ana mengambil masa selama hampir 2 minggu. Sengaja ana gunakan corelraw, selalunya ana gunakan Adobe Photoshop, sebab ana dapati ianya memberikan ana hasil yang cukup mengagumkan dan menggunakannya pula adalah mudah (taktaula matdwe reti guna ke tak). Tak leh nak kata apa la...orang kalau dah minat memblog ni, dia sanggup mengadap pc daripada mengadap nasik betul tak JEPun?


Apapun, dalam asyik memblog, ingat, KITA ADA KERJA UNTUK ISLAM, jadi jangan lupa la plak!


Oklah, nak balik ofis dulu. Terpaksa datang ke cc untuk surfing memandangkan server kat ofis tu tunggu masa nak buat tukun. Itulah antara faktor penyebab mengapa ana jarang dapat update blog.


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

tazkirah hari ini
Membangun Karakter

No comments:

Post a Comment