Friday, November 11, 2005

AKHIRNYA AZAHARI TEWAS...



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Sungguh Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang Dia haramkan ke atas kamu." (Al-An'am: 119)

D

r. Azahari akhirnya meninggal dunia... sekurang-kurangnya itulah isu yang sibuk diperkatakan sekarang. Sejak berita kejayaan pasukan keselamatan Indonesia menumpaskan tokoh militan Asia Tenggara tersebut disiarkan, banyak pihak telah membuat pelbagai tafsiran, ada yang menyifatkannya sebagai kejayaan terbesar republik tersebut dalam kempen memerangi keganasan, bahkan tidak kurang pula yang meramalkan bahawa semakin banyak siri
keganasan akan berlaku selepas ini.


Begitu juga ramai yang memperkatakan tentang status Dr. Azahari - apakah benar beliau merupakan seorang pengganas atau apakah beliau sekadar seorang manusia yang menjadi mangsa percaturan politik dunia?


Sebuah akhbar Indonesia menyorot pandangan bekas mahasiswa UTM, yang menyatakan beliau (Dr. Azahari merupakan seorang pensyarah yang diminati dan disenangi oleh para penuntutnya. Beliau (Dr. Azahari) disifatkan sebagai seorang yang berfikiran sederhana, lucu dan sukakan aktiviti lasak. Justeru, apakah benar beliau seorang penderhaka atau apakah sepatutnya beliau diangkat sebagai wira?


Tidak perlulah kita mempertikai soal syahid atau tidak, kerana ianya (perkara tersebut) bukanlah di dalam keilmuan dan pengetahuan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui (Wallahu A'lam), kerana Dia sahajalah yang mengetahui nawaitu manusia dalam amalannya. Apa yang perlu dipertikaikan ialah apakah wajar tindakan memerangi keganasan dengan cara keganasan? Apakah pembunuhan seorang tokoh pengganas akan melenyapkan ideologi dan perjuangan rangkaian pengganas?


Akhbar Jawa Pos menyiarkan kenyataan yang dibuat oleh Amrozi, salah seorang suspek kumpulan JI, yang menyifatkan bahawa beliau (Dr. Azahari) telah melakukan perkara yang betul. "Saya iri dia (Azhari) meninggal lebih dulu. Kalau memang benar yang meninggal itu Azhari, dia mati syahid lebih dulu daripada saya. Saya yang sudah divonis mati saja belum dieksekusi, kok dia sudah syahid dulu," kata Amrozi kepada wartawan Jawa Pos, Sholahudin, di pusat tahanan Nusakambangan semalam. Bahkan kenyataan seorang lagi suspek, Imam Samudera yang menyebut... "Tidak akan berakhir bom-bom ini. Azhari boleh mati, tapi nanti akan tumbuh satu miliar Azhari yang akan membalas sakit hati muslim yang tertindas. Perjuangan ini tidak akan pernah berhenti..." perlu diberi perhatian.


Seperti yang dinyatakan oleh seorang pemimpin pasukan keselamatan Indonesia yang menyifatkan perjuangan memerangi kumpulan pengganas yang berasaskan kepada ideologi politik adalah amat sukar dan memerlukan masa yang lama, semua pihak perlu melihat kembali kepada kempen anti-keganasan yang telah dilaksanakan. Realitinya kita tidak boleh sekadar melihat kepada siapa yang melakukan keganasan sebaliknya apakah punca yang menyebabkan timbulnya aktiviti keganasan.


Sekadar pandangan peribadi. Apa pandangan anda...


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

tazkirah hari ini
MENENTUKAN HALAL DAN HARAM ADALAH HAK ALLAH

No comments:

Post a Comment